83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 November 2018                   Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: November 19 – 23

Kajian Pasaran (Forex):November 12 – November 16

Dolar AS

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah bagi sepanjang minggu lepas di tengah-tengah data yang bercampuran dan juga komen dovish daripada Naib Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Richard Clarida semasa ucapannya pada Jumaat lalu. Indeks dolar telah berundur dari paras tingginya sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 96.25 selepas para pelabur meninggalkan pasaran dolar akibat daripada data Industrial Production yang suram.

 

Pada awal minggu lepas, dolar meneruskan momentum bullish selepas Fed memberi komen hawkish untuk mempunyai kenaikan kadar secara beransur-ansuran dan pengetatan dasar kewangan. Walau bagaimanapun, sentimen terhadap dolar telah bertukar menjadi negatif untuk sepanjang minggu tersebut selepas data CPI untuk perbandingan tahun ke tahun tersasar jangkaan ahli ekonomi. Data sebenar yang memberi bacaan sebanyak 2.1% adalah lebih rendah daripada jangkaannya sebanyak 2.2% dan ini menunjukkan keadaan tahap inflasi negara berkemungkinan telah mencapai paras tertingginya dan berkemungkinan untuk menjejaskan pelan kenaikan kadar dari Fed. Pada lewat minggu lepas, sentimen pasaran bertambah buruk selepas Naib Pengerusi Fed Richard Clarida memberikan isyarat dovish semasa ucapan beliau dan menyatakan bahawa tahap inflasi dan keadaan ekonomi negara telah mencapai tahap neutral. Isyarat ini memaparkan bahawa pelan Fed untuk menaikkan kadar dan mengetatkan dasar kewangan akan terjejas. Di samping itu, data Industrial Production yang mempunyai bacaan sebenar sebanyak 0.1% telah tersasar jangkaan ahli ekonomi sebanyak 0.2% telah melanjutkan tekanan bearish terhadap dolar AS.

 

Secara keseluruhannya, dolar telah meneruskan momentum bearish selepas sentimen pelabur bertukar negatif dan permintaan terhadap aset selamat meningkat. Untuk minggu ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data Core Durable Goods Order pada hari Rabu untuk memastikan momentum dolar selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USDJPY telah berundur dari paras tingginya sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 112.80 berikutan dengan reaksi para pelabur terhadap data Industrial Production AS. Yen sebagai aset selamat telah mengukuh bagi sepanjang minggu lepas telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari pasaran yang berisiko kepada aset selamat bagi mengelakkan ketegangan politik di UK dan sentimen suram terhadap dolar.

 


 

EUR/USD

Pasangan EURUSD telah melantun dari paras rendahnya sementara menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih tinggi di 1.1415. Ramalan ekonomi bagi pasaran Eropah telah bertambah baik selepas data CPI melebihi bacaan terdahulunya sebanyak 0.1% dengan bacaan sebenar sebanyak 2.2%. Data tersebut yang sejajar dengan ramalan Bank Pusat Eropah telah menggalakkan keyakinan para pelabur terhadap euro.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi pada awal minggu lepas sebelum mencacah paras rendah 31hb Oktober dan menutupkan pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di 1.2820. Pasangan tersebut telah mengalami penjualan yang besar semasa negara UK menghadapi masalah politik di mana Setiausaha Brexit Dominic Raab serta beberapa menteri yang lain meletakkan jawatan mereka sebagai aksi pembantahan terhadap kepimpinan Perdana Menteri UK Theresa May. Walaupun beliau berusaha untuk mendapatkan kelulusan drafnya daripada pihak Parlimen, ahli pro-Brexit mula untuk mengesyaki kepimpinan dan usaha May dalam rundingan Brexit dengan EU. Pandangan terhadap pasaran UK adalah masih suram kerana sebahagian menteri daripada pentadbiran May berkemungkinan untuk mengadakan undian “tanpa keyakinan” terhadap beliau dan ia mampu membatalkan segala kemajuan Brexit sekiranya mendapat sokongan majoriti.

 

Kajian Pasaran (Komoditi): November 12 – November 16

GOLD

Harga emas telah meningkat sepanjang minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat di $1221.40 se troy auns akibat daripada permintaan aset selamat yang lebih tinggi. Logam kuning tersebut telah menerima permintaan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan politik di UK dan sentimen suram terhadap pasaran dolar.

 

Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat seperti Yen Japan dan emas telah meningkat semasa keyakinan pelabur terhadap aset yang lebih berisiko terjejas akibat keadaan semasa pasaran.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah mencapai paras terendah sejak 29hb Oktober 2017 tetapi menutup pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di $56.76 setong.

 

Pasaran minyak mentah melanjutkan kerugiannya akibat peningkatan tahap inventori secara skala global. American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) telah melaporkan tahap inventori minyak mentah yang lebih tinggi untuk minggu lepas dan ini telah memburukkan lagi sentimen para pelabur. Namun, penurunan harga minyak telah dihadkan oleh seruan OPEC untuk mengurangkan bekalan global pada bulan Disember sebanyak 1.4 milion tong sehari dan ia bakal mendorong kepada peningkatan harga minyak bagi tempoh masa yang panjang. Oleh demikian, para pelabur berjaya untuk memangkas sebahagian kerugiannya kerana membuat spekulasi bahawa inventori minyak akan menurun kelak.

 

Secara keseluruhannya, pasaran minyak mentah berkekal suram sementara para pelabur menunggu data Crude Oil Inventories pada hari Rabu untuk menentukan harga minyak mentah dengan selanjutnya.

 

 

Pandangan Mingguan: November 19 – 23  

Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada beberapa data seperti Core Durable Goods Orders AS dan juga Core CPI dan Core Retail Sales Kanada untuk mendapatkan isyarat pasaran yang selanjutnya.

 

Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: November 19 – 23  

Isnin, November 19  

Data

N/A

 

Acara

USD – FOMC Member Williams Speaks

 

Selasa, November 20  

Data

USD – Building Permits (Oct)

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes

GBP – BoE Gov Carney Speaks

GBP – Inflation Report Hearings

Rabu, November 21  

Data

USD – Core Durable Goods Order (MoM) (Oct)

USD – Existing Home Sales (Oct)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – BoC Gov Council Member Wilkins Speaks

 

Khamis, November 22  

Data

JPY – National Core CPI (YoY) (Oct)

 

Acara

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Jumaat, November 23

 

 

Data

EUR – German GDP (QoQ) (Q3)

EUR – German Manufacturing PMI (Nov)

CAD – Core CPI (MoM) (Oct)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Sep)

 

Acara

GBP – BoE MPC Member Saunders Speaks