83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 November 2018                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar susut sebelum cuti Thanksgiving.

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Rabu berlatarkan data ekonomi yang bearish dari rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.12% ke 96.53 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Labour Department, Initial Jobless Claims bagi minggu lepas telah meningkat sebanyak 3,000 ke paras 224,000, tersasar daripada jangkaan untuk menurun ke paras 215,000. Tambahan pula, US Commerce Department juga melaporkan bahawa Core Durable Goods Orders bagi bulan Oktober telah meningkat hanya 0.1%, jauh lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 0.4%. Penurunan pada bilangan pesanan barangan tahan lasak adalah berikutan dengan kebimbangan ke atas impak tarif AS pada barangan import China. Sementara itu, mata wang euro menerima sokongan bullish daripada pasaran berlatarbelakangkan perkembangan positif mengenai krisis bajet Itali. Laporan mendapati bahawa Itali berkemungkinan untuk menggubal draf bajet 2019 selepas Suruhanjaya EU menegaskan untuk mengambil tindakan ke atas negara tersebut yang tidak mematuhi syarat dan peraturan bajet sebelum ini. Pasangan EUR/USD menokok sebanyak 0.05% ke paras 1.1387 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% ke $54.48 setong. Namun, para penganalisis memberi amaran bahawa pergerakan harga sebegini adalah hanya pembetulan teknikal oleh kerana data mingguan memaparkan bahawa stok minyak di AS berada di dalam aliran menaik. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,225.67 se troy auns berikutan dengan risiko yang masih berlegar di dalam pasaran kewangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran               Acara

Sehari                    USD                     United States – Thanksgiving Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran               Acara

Tentatif                 CrudeOIL               OPEC Meeting

20:30                   EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.60, 97.00

Tahap sokongan: 96.20, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara ia telah berundur dari 1.2805 baru-baru ini. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke arah 1.2690.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2895

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2570

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.1400, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 113.30.

 

Tahap rintangan: 113.30, 113.70

Tahap sokongan: 112.95, 112.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.7265. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7265.

 

Tahap rintangan: 0.7265, 0.7340

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Kedua-dua petunjuk MACD dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6795.

 

Tahap rintangan: 0.6855, 0.6970

Tahap sokongan: 0.6795, 0.6715

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3210.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9955.

 

Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 55.35, 57.00

Tahap sokongan: 53.90, 49.50

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25

Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00