23 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Pound sterling melonjak selepas draf Brexit dimuktamadkan.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Khamis berikutan dengan lantunan pound sterling selepas laporan mendapati bahawa UK dan EU telah mencapai konsensus mengenai draf Brexit. Menurut kepada Bloomberg, mereka melaporkan bahawa draf tersebut menegaskan UK dan EU untuk komited dalam mendalamkan operasi kastam serta membina kesatuan tunggal bersama. Selain itu, EU juga akan mengiktiraf dasar perdagangan bebas UK dan tempoh peralihan Brexit boleh dilanjutkan selama satu atau dua tahun. Draf tersebut telah menurunkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan Brexit “keras” oleh kerana beberapa syarat yang dinyatakan adalah lebih bersifat kepada Brexit “lembut”. Menurut kepada Presiden Majlis Eropah Donald Tusk, beliau menyatakan bahawa draf tersebut telah mendapat konsensus daripada kesemua ahli perunding dan ia bakal tertakluk kepada pengesahan dari pemimpin EU. Sementara itu, dolar AS gagal untuk mendapat sebarang sokongan semasa sesi Amerika Utara memandangkan pasaran AS ditutup sempena dengan cuti Hari Thanksgiving. Kami menjangka pasaran untuk didagang dengan lebih tipis pada malam ini memandangkan pasaran AS akan ditutup awal. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.22% ke 96.32 sementara GBP/USD menokok sebanyak 0.03% ke 1.2876.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.06% ke $53.91 setong. Harga komoditi ini telah menerima sokongan selepas Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih menegaskan bahawa negara mereka akan memberi respons sekiranya permintaan minyak dunia merosot kelak. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,227.55 se troy auns berlatarbelakangkan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari Japan Labor Thanksgiving Day
Sehari US Thanksgiving Day – Early close at 13:00
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | -0.2% | -0.2% | – |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Nov) | 52.2 | 52.3 | – |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.0% | – | – |
| 21:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) | -0.4% | 0.3% | – |
| 02:00 (24th) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 888 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 96.20.
Tahap rintangan: 96.60, 97.00
Tahap sokongan: 96.20, 95.95

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.
Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.95. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 113.70
Tahap sokongan: 112.95, 112.60

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 0.7265.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7340
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6795, 0.6775

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3115

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat diantara 0.9905 dan 0.9955. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 53.90. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 53.90.
Tahap rintangan: 55.35, 57.00
Tahap sokongan: 53.90, 49.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1228.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00