26 November 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: November 26 – 30
Kajian Pasaran (Forex): November 19 – November 23
Dolar AS
Dolar AS telah meningkat sepanjang minggu di tengah-tengah data AS yang melebihi jangkaannya. Indeks dolar telah melanjutkan momentum bullish sementara menutup pasaran dengan keuntungan di 96.80 pada Jumaat lepas.
Bull dolar meraikan keuntungan mereka sementara sentimen masih positif akibat data Building Permits dan Existing Home Sales dengan bacaan sebanyak 1.263M dan 5.22M masing-masing yang melebihi ramalan ahli ekonomi. Walaupun data Core Durable Goods Order tersasar daripada jangkaan, bacaan sebenar sebanyak 0.1% adalah jauh lebih tinggi daripada terdahulunya sebanyak -0.6%. Data tersebut telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi AS yang meningkat telah melegakan kebimbangan pelabur bahawa Bank Pusat AS (Fed) akan menangguhkan pelan kenaikan kadar secara beransur-ansur. Kenaikan kadar seterusnya yang dijangka pada bulan Disember dan ketidakpastian terhadap pasaran euro dan pound telah melanjutkan momentum bullish dolar.
Pada lewat minggu ini, dolar dijangka untuk mengalami penggerakan yang besar akibat mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang dijadualkan pada Jumaat ini menjelang sidang kemuncak G20.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah melantun dari paras rendahnya sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di 112.95. Yen Japan yang selamat telah dijual semasa selera risiko pelabur meningkat, mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset yang lebih berisiko dan beruntung. Walaupun keadaan pasaran amat berisiko pada masa ini, tetapi pelabur masih suka dolar berikutan dengan jangkaan kenaikan kadar AS pada bulan Disember.
EUR/USD
EURUSD telah menurun bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.1335. Penurunan euro secara keseluruhannya adalah disebabkan oleh penjualan yang besar semasa para pelabur lebih utamakan pasaran pound dan dolar. Kelihatan ekonomi euro berkekal suram kerana para pelabur berasa bimbang bahawa data yang Eropah yang suram akan menjejaskan pelan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengetatkan dasar dan pemansuhan program pembelian bon (QE) mereka.
GBP/USD
GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi pada awal minggu lepas sebelum menurun kembali ke paras awalnya sementara menutup pasaran Jumaat di 1.2805. Pasangan tersebut mengalami permintaan yang besar selepas draf Brexit terdedah di dalam Twitter. Draf tersebut menunjukkan terma Brexit yang lebih ringan dan memulih keyakinan para pelabur yang bimbang akan keputusan Brexit keras. Keadaan semasa bagi perundingan Brexit masih halus selepas draf tersebut diluluskan oleh pihak EU, tetapi para pelabur masih menunggu keputusan Parlimen UK yang jelang untuk membawa impak yang besar kepada pasaran pound.
Kajian Pasaran (Komoditi): November 19 – November 23
GOLD
Harga emas telah didagang dalam saluran sisi sepanjang minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih tinggi di $1222.80 se troy auns akibat peningkatan permintaan terhadap aset selamat. Logam kuning tersebut telah didagang dengan lebih tinggi pada awal minggu lepas sementara ketidakpastian Brexit melanjutkan keuntungan emas, tetapi menurun kembali selera risiko pelabur memulih.
Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat kini menjadi jalan terakhir sementara para pelabur lebih menumpukan perhatian mereka kepada pasaran yang lebih berisiko dan beruntung seperti euro dan pound.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menurun ke paras terendah sejak 8hb Oktober 2017 sementara menutup pasaran Jumaat di $50.40 setong.
Sentimen terhadap pasaran minyak mentah berkekal suram sepanjang minggu lepas akibat pengumuman data Crude Oil Inventories oleh EIA yang menunjukkan paras inventori minyak secara skala global yang makin tinggi. Walaupun pelan OPEC untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.4 milion tong sehari pada bulan Disember berjaya untuk mengehadkan penurunan harga minyak, makin para pelabur masih bimbang bahawa pengurangan tersebut tidak dapat mengimbangkan peningkatan tahap inventori sementara Presiden AS Donald Trump menegaskan OPEC untuk menaikkan bekalan dan mengurangkan harga minyak.
Secara keseluruhannya, pasaran minyak mentah melanjutkan momentum bearish sepanjang beberapa minggu lepas sementara pasaran bull minyak mentah berharap sentimen akan bertambah baik selepas mesyuarat OPEC yang dijadualkan pada 6hb Disember.
Pandangan Mingguan: November 26 – 30
Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada beberapa data seperti GDP AS yang merupakan satu petunjuk utama bagi keadaan ekonomi sebuah negara, dan juga FOMC Meeting Minutes di mana dana hawkish atau dovish akan membawa impak yang besar kepada dolar.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: November 26 – 30
| Isnin, November 26 |
Data EUR – German Ifo Business Climate Index
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks
|
| Selasa, November 27 |
Data NZD – Trade Balance (MoM) (Oct) USD – CB Consumer Confidence (Nov)
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Rabu, November 28 |
Data USD – GDP (QoQ) (Q3) USD – New Home Sales (Oct) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara NZD – RBNZ Gov Orr Speaks
|
| Khamis, November 29 |
Data EUR – German Unemployment Change (Nov) USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct)
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks
|
|
Jumaat, November 30
|
Data CNY – Manufacturing PMI (Nov) EUR – CPI (YoY) (Nov) CAD – GDP (MoM) (Sep)
Acara USD – FOMC Meeting Minutes
|