83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 November 2018                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar menurun akibat ancaman tarif Trump.

Indeks dolar telah menurun berbanding dengan enam pasangan mata wang selepas mencapai paras tinggi dua minggu selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk menaikan tarif yang dikenakan terhadap barangan import China. Berita ini telah menurunkan harapan untuk pendamaian perang perdagangan. Merujuk kepada temu duga yang dijalankan oleh Wall Street Journal, Donald Trump menyatakan bahawa beliau berpelan untuk meningkatkan tarif tersebut dari 10 peratus kepada 25 peratus atas $200 bilion barangan import China. Namun, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada sidang kemuncak G20 di Argentina di mana Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping akan membincang tentang isu perdagangan. Hasil yang baik akan mendorong kepada momentum bullish bagi indeks dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 96.85 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.12% ke 1.2810 menjelang keputusan undian Parlimen bagi draf Brexit Perdana Menteri UK Theresa May pada 11hb Disember. Merujuk kepada laporan, ahli ekonomi berjangka bahawa risiko di pasaran pound sterling masih asimetri dengan undian Parlimen. Sekiranya kebanyakan ahli Parlimen menolak draf tersebut, pound sterling akan mengalami penjualan yang dahsyat.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.29% ke $51.40 setong semasa pembekalan minyak Arab Saudi mencapai paras tertinggi di antara 11.1 milion tong sehari dan 11.3 milion tong sehari semasa bulan November. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1225.25 se troy auns akibat kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – CB Consumer Confidence 137.9 135.9
05:30 (28hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -1.545M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara berkekal di dalam saluran menaik dan menguji berdekatan tahap sokongan di 96.85. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut. x

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.50

Tahap sokongan: 96.85, 96.65

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2885. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan 1.2765.

 

Tahap rintangan: 1.2885, 1.2935

Tahap sokongan: 1.2765, 1.2700

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1330. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1365.

 

Tahap rintangan: 1.1365, 1.1415

Tahap sokongan: 1.1330, 1.1270

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 113.65. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 113.05.

 

Tahap rintangan: 113.65, 114.20

Tahap sokongan: 113.05, 112.30

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7215. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7265.

 

Tahap rintangan: 0.7265, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7215, 0.7175

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6755. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6790.

 

Tahap rintangan: 0.6790, 0.6845

Tahap sokongan: 0.6755, 0.6715

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3265. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3225.

 

Tahap rintangan: 1.3265, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3225, 1.3190

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran menaik susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9990. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9960

 

Tahap rintangan: 0.9990, 1.0045

Tahap sokongan: 0.9960, 0.9920

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 51.95. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 50.35.

 

Tahap rintangan: 51.95, 53.20

Tahap sokongan: 50.35, 49.20

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1228.15. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan di 1228.15.

 

Tahap rintangan: 1228.15, 1235.65

Tahap sokongan: 1220.45, 1215.40