28 November 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal rata menjelang data dan ucapan Fed.
Indeks dolar kekal didagang dengan rata berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama sebelum sesi dagangan Eropah sementara para pelabur sedang menunggu data US GDP dan data New Home Sales. Data GDP yang mengukur keadaan ekonomi secara keseluruhan dalam negara akan menjejaskan dolar di tengah-tengah ketegangan perdagangan. Susulan dengan pembebasan data tersebut adalah ucapan yang diberikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell di mana pengesahan lebih lanjut mengenai rancangan Fed untuk kenaikan kadar secara beransur-ansur berkemungkinan akan dimasukkan dalam ucapannya. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 97.20 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan EUR / USD telah meningkat sebanyak 0.11% kepada 1.1300 di tengah-tengah kesudian kerajaan Itali untuk membuat perubahan dalam rancangan pelan mereka. Bajet defisit GDP 2.4% telah mendorong EU untuk menyokong keputusan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk mendenda negara Itali kerana melanggar syarat dalam perbelanjaan EC. Menurut kepada laporan, Timbalan Perdana Menteri Itali, Luigi Di Maio kelihatan untuk bertolak ansur dengan pelan bajet yang mendorong sentimen pasaran euro selepas jatuh 2 minggu.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.17% kepada $ 52.20 setong berikutan dengan penutupan ladang minyak Laut Utara terbesar di Britain. Pertemuan OPEC pada 6 Disember dijangka untuk mendorong sentimen positif untuk harga minyak kerana mereka merancang untuk mengurang bekalan sebanyak 1.4 juta tong sehari. Seterusnya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% kepada $ 1,214.00 se troy auns susulan dengan permintaan yang rendah untuk aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
01:00 (29hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ)(Q3) | 3.5% | 3.6% | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Oct) | 553K | 583K | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.851M | 0.769M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 97.40 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 97.15.
Tahap rintangan: 97.40, 97.80
Tahap sokongan: 97.15, 96.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2760. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2760, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2640

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan berhampiran 1.1270. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1270, 1.1245

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 113.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan ke arah tahap sokongan 113.50.
Tahap rintangan: 113.85, 114.20
Tahap sokongan: 113.50, 113.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7230 baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7265.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7230, 0.7200

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6795. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6845
Tahap sokongan: 0.6755, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3260

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9990. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9990, 1.0030
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9915

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 52.25 dan saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 5315.
Tahap rintangan: 53.15, 54.15
Tahap sokongan: 52.25, 51.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1214.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan:1219.10, 1224.05
Tahap sokongan: 1214.10, 1208.15