3 Disember 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Disember 3 – 7
Kajian Pasaran (Forex): November 26 – November 30
Dolar AS
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi walaupun ditekan oleh data ekonomi yang negatif pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat di 97.05. Dolar melanjutkan keuntungannya pada hari Jumaat di tengah-tengah jangkaan bahawa perbincangan perang perdagangan akan membawa kepada tarif yang lebih tinggi.
Pada awal minggu lepas, dolar telah melanjutkan momentum bullishnya walaupun dengan bacaan data CB Consumer Confidence AS yang lebih rendah di 135.7 berbanding dengan ramalan ahli ekonomi sebanyak 135.9. Namun, dolar mula untuk menyusut pada lewat minggu lepas semasa kedua-dua data GDP dan New Home Sales tersasar daripada jangkaannya. GDP mempunyai bacaan sebanyak 3.5% berbanding dengan 3.6% sementara New Home Sales mempunyai bacaan sebenar sebanyak 544K berbanding dengan 583K. Sentimen bertambah buruk pada hari Khamis semasa data sebenar Pending Home Sales sebanyak -2.6% adalah lebih jauh rendah daripada ramalannya sebanyak 0.8%. Namun begitu, indeks dolar masih berjaya memulih keuntungannya pada hari Jumaat sebelum mesyuarat Trump-Xi di mana para pelabur berjangka bahawa Presiden AS Donald Trump akan mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas barangan China.
Secara keseluruhannya, dolar telah mengekalkan momentum bullishnya bagi tempoh masa panjang pada minggu lepas semasa para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada data Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat yang jelang membawa impak yang besar kepada pasaran.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah meningkat pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 113.45. Yen Jepun telah mengalami penjualan yang mendadak pada awal minggu lepas sementara sentimen terhadap dolar masih kukuh. Namun begitu, Yen telah dibeli kembali semasa jangkaan terhadap kenaikan kadar secara beransuran telah terjejas akibat kenyataan Fed yang dovish. Secara keseluruhannya, harga aset selamat telah menyusut semasa para pelabur lebih berminat dengan aset yang lebih berisiko dan beruntung.
EUR/USD
EURUSD telah menurun bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.1310. Penurunan euro secara keseluruhannya adalah disebabkan oleh penjualan yang mendadak semasa para pelabur lebih utamakan pasaran dolar. Kelihatan ekonomi euro bertambah buruk semasa pengumuman data CPI sebanyak 2.0%, tersasar daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak 10 mata asas. Kemerosotan dalam ekonomi Eropah berkemungkinan untuk menjejaskan pelan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengetatkan dasar dan juga pemansuhan program pembelian-bon mereka.
GBP/USD
GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sepanjang minggu lepas dan menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 1.2740 sementara proses Brexit menjelang peringkat terakhirnya di mana ia hendaklah mendapatkan kelulusan Parlimen UK. Pengundian Parlimen akan diadakan pada 11hb Disember dan keputusannya jelang untuk membawa impak yang besar terhadap pasaran UK dan juga zon Eropah. Keadaan semasa bagi Brexit masih suram dan hal ini menyebabkan pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada pasaran dolar yang selamat.
Kajian Pasaran (Komoditi): November 26 – November 30
GOLD
Harga emas telah didagang dalam saluran sisi sepanjang minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih rendah di $1222.00 se troy auns semasa pelabur lebih berminat dengan pasaran dolar yang lebih beruntung. Logam kuning tersebut telah didagang dengan lebih rendah pada awal minggu lepas akibat peningkatan dolar tetapi ia berjaya untuk memulih keuntungannya berikutan dengan kenyataan Fed yang dovish.
Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat adalah masih tidak menentu sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada data Nonfarm Payroll pada hari Jumaat yang jelang untuk membawa impak yang besar kepada pasaran emas.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah didagang dalam saluran sisi pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih tinggi di $50.60 setong.
Kelihatan keadaan pasaran minyak mentah berkekal campur di mana keuntungannya telah didorong oleh perjanjian Rusia untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam penurunan pembekalan minyak mentah akibat peningkatan inventori secara global. Namun begitu, keuntungan tersebut telah dihadkan oleh laporan EIA yang menunjukkan peningkatan inventori buat kali ke 13 berturut-turut. Presiden AS Donald Trump telah menegaskan bahawa harga minyak mentah sepatutnya berada di paras rendah, dan hal ini telah membimbangkan para pelabur bahawa pembuatan mentah AS akan meneruskan peningkatan inventori minyak mentah.
Secara keseluruhannya, harga minyak mentah masih didagang pada paras rendahnya sementara para pelabur berharap bahawa hasil mesyuarat OPEC pada 6hb Disember akan bertambah baik sentimen terhadap pasaran minyak mentah.
Pandangan Mingguan: Disember 3 – 7
Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada beberapa data seperti Nonfarm Payroll AS yang merupakan satu pengukur sektor pekerjaan sebuah negara, dan ia membawa impak yang besar kepada pasaran dolar.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Disember 3 – 7
| Isnin, Disember 26 |
Data EUR – German Manufacturing PMI (Nov) GBP – Manufacturing PMI (Nov) USD – ISM Manufacturing PMI (Nov)
Acara N/A
|
| Selasa, Disember 27 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (Dec) GBP – Construction PMI (Nov)
Acara AUD – RBA Rate Statement GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Rabu, Disember 28 |
Data AUD – GDP (QoQ) (Q3) GBP – Services PMI (Nov) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Nov) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) CAD – BoC Interest Rate Decision CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks USD – Fed Chair Powell Testifies
|
| Khamis, Disember 29 |
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Oct) CAD – Ivey PMI (Nov)
Acara CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
|
Jumaat, Disember 30
|
Data USD – Nonfarm Payrolls (Nov) USD – Unemployment Rate (Nov) CAD – Employment Change (Nov)
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks
|