4 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar layu selepas perang perdagangan susut.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin sementara para pelabur mencerna laporan pemberhentian perang perdagangan AS-China dan data ekonomi yang bercampuran dari rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.33% ke paras 96.85. Terdahulu, laporan mendapati bahawa AS dan China telah bersetuju untuk memberhentikan ancaman perang perdagangan dengan tidak memperkenalkan tarif baru bagi tempoh 90 hari sementara kedua-dua negara tersebut berunding mengenai syarat perdagangan. Sementara itu, pembebasan dua laporan ekonomi pada semalam gagal untuk mengehadkan kerugiannya selepas para pelabur memberi fokus kepada aset berisiko tinggi berikutan dengan penyusutan risiko perdagangan di dalam pasaran. Menurut kepada ISM, PMI sektor pembuatan bagi bulan November telah menokok ke paras 59.3, lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 57.6. Walaubagaimanapun, Perbelanjaan Pembangunan telah tersasar daripada jangkaan dengan hanya 0.1% bagi bulan November, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 0.4%. Sebaliknya, pound sterling telah menjunam secara mendadak pada semalam sebelum memulih pada pagi ini berikutan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap undian Brexit di dalam peringkat Parlimen UK. Pasaran khuatir bahawa Perdana Menteri UK Theresa May berkemungkinan untuk gagal dalam memperoleh jumlah undian yang diperlukan untuk meluluskan draf syarat Brexit dan berkemungkinan untuk mendorong kepada undian “No Confidence”. Pada sesi Asia, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% ke 1.2725.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menokok sebanyak 0.23% ke $53.12 setong. Harga komoditi tersebut menerima sokongan dari paras bawah selepas negara yang lain seperti Kanada dan Malaysia mengambil tindakan untuk menurunkan paras pembekalan minyak harian sebagai tanda sokongan terhadap pelan OPEC. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,231.60 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
17:15 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Dec) | 1.50% | 1.50% | – |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Nov) | 53.2 | 52.5 | – |
| 21:30 | CAD – Labor Productivity (QoQ) (Q3) | 0.7% | 0.4% | – |
| 05:30
(5hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 3.453M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menyempit. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 96.80.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.80, 96.60

GPBUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2725, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2640

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 113.70. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang mula untuk memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7340.
Tahap rintangan: 0.7370, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7340, 0.7300

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6890. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6940.
Tahap rintangan: 0.6940, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6890, 0.6830

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3155. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3115

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0000. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9955.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 53.90.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 52.00, 50.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1228.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1237.25.
Tahap rintangan: 1237.25, 1242.10
Tahap sokongan: 1220.00, 1215.95