6 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menyusut akibat kebimbangan terhadap pertumbuhan global.
Dolar AS telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa sesi dagangan Asia di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang terbesar di dunia. Hala aliran dolar masih tidak menentu kerana para pelabur amat berhati-hati selepas lekuk hasil Perbendaharaan AS mencecah ke paras terendah dalam tempoh satu dekad akibat penurunan kadar jangka panjang yang ketara. Lekuk hasil Perbendaharaan AS merupakan satu petunjuk bagi prospek ekonomi dan hasil yang lebih rendah mencadangkan kelembapan ekonomi AS serta mencetuskan kebimbangan mengenai kelemahan ekonomi pada masa yang akan datang. Tambahan pula, sentimen negatif bertambah buruk berikutan dengan penangkapan eksekutif Huawei technologies China yang berkemungkinan untuk meningkatkan ketegangan selanjutnya di antara China dan AS. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.05% ke 96.92 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah melonjak sebanyak 0.32% ke 1.1396 akibat ucapan Bank Pusat Kanada (BoC) yang menyampaikan nada dovish. BoC telah mengekalkan kadar faedah seperti di dalam jangkaan sebanyak 1.75% pada semalam tetapi menyampaikan kenyataan dasar kewangan dengan yang bersifat pesimistik. Dalam kenyataan tersebut, BoC telah menyatakan bahawa adanya ruangan bagi pertumbuhan tanpa inflasi dan data menunjukkan bahawa momentum ekonomi lebih perlahan menjelang suku keempat.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 1.14% ke $52.27 setong semasa penulisan di tengah-tengah jangkaan terhadap penentangan Trump terhadap pengurangan pembekalan minyak. Mesyuarat antara pembekal-pembekal minyak akan diadakan pada hari ini di Austria di mana mereka dijangka untuk bersetuju dengan pengurangan pembekalan tetapi akan berdepan dengan bantahan dari Presiden AS Donald Trump. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.24% ke $1239.97 se troy auns akibat kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
21:35 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Nov) | 227K | 196K | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 234K | 226K | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) | 60.3 | 59.2 | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Nov) | 59.7 | – | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Nov) | 61.8 | 60.3 | – |
| 00:00
(7hb) |
CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 3.577M | -0.942M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum isyarat bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.30.
Tahap rintangan: 97.00, 97.45
Tahap sokongan: 96.30, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2760. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2760, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2585

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1320. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengesahan yang selanjutnya seperti pemecahan dari tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1370, 1.1420
Tahap sokongan: 1.1320, 1.1270

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 113.65. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 112.40.
Tahap rintangan: 112.75, 113.20
Tahap sokongan: 112.40, 111.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah semetara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7215. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.7265 bagi jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7295
Tahap sokongan: 0.7215, 0.7170

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6880. MACD yang menunjukkan bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6835.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6835, 0.6805

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3400. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1330.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3450
Tahap sokongan: 1.3330,1.3260

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9955. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9915

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 54.05. MACD yang menunjukkan bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan 52.25.
Tahap rintangan: 54.05, 57.45
Tahap sokongan: 52.25, 50.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1236.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1242.00.
Tahap rintangan: 1242.10, 1253.50
Tahap sokongan: 1236.00, 1228.50