83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Disember 2018                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Disember 10 – 14

Kajian Pasaran (Forex): Disember 3 – 7

Dolar AS

Dolar AS didagang secara bercampuran pada minggu lalu sementara menutup pasaran Jumaat rendah pada $ 96.51. Dolar telah meningkat di tengah-tengah bacaan data ISM Manufacturing PMI yang tinggi daripada jangkaan dan ketegangan perang perdagangan yang menyusut. Namun, data Nonfarm Employment and Nonfarm Payroll (NFP) yang lebih rendah berbanding dengan jangkaan telah menyebabkan dolar untuk merosot kembali ke tahap sokongan sebelumnya.

 

Pada awal minggu lalu, dolar telah melanjutkan momentum kenaikannya apabila data ISM Manufacturing PMI mempunyai bacaan sebenar sebanyak 59.3, lebih tinggi daripada yang jangkaan dengan bacaan sebanyak 57.6. Namun, dolar mula menurun pada minggu lalu apabila data ADP Nonfarm Employment dan Nonfarm Payrolls gagal untuk memenuhi jangkaan mereka. ADP Nonfarm Employment telah memberi bacaan sebanyak 179K berbanding dengan jangkaan sebanyak 196K manakala NFP memberi bacaan sebanyak 155K berbanding dengan 200K. Walaupun data US Unemployment Rate kekal rata pada 3.7%, data NFP yang suram tersebut telah memaparkan kelemahan di dalam pasaran buruh AS dan ia telah mengakibatkan penjualan yang besar pada dolar sebelum pasaran ditutup pada hujung minggu.

 

Secara keseluruhan, sentimen terhadap dolar mula bertukar kepada suram apabila keadaan masa depan masih bersifat mendung berikutan dengan perang perdagangan serta data AS yang lemah. Pelabur kini akan memberi perhatian kepada kenaikan kadar pada akhir tahun ini oleh Rizab Persekutuan AS dan pengesahan selanjutnya untuk kenaikan kadar masa depan.

 

 


 

USD/JPY

Pasangan USDJPY telah menyusut pada minggu lalu sementara menutup dagangan hari Jumaat yang lepas di 112.70. Aset selamat Yen telah mengalami pembelian yang ketara sepanjang minggu berikutan dengan ketidakpastian dalam pasaran forex. Walaupun Bank of Japan masih mengekalkan jangkaan untuk mencapai inflasi 2% yang disasarkan, para pelabur telah melarikan diri ke Yen yang selamat kerana penghindaran risiko makin meningkat akibat daripada ketidakpastian Brexit dan kemungkinan pembatalan kenaikan kadar jangka panjang. Secara keseluruhannya, keutamaan para pelabur telah beralih ke aset selamat minggu lepas dan ia telah meningkatkan nilai bagi harga Yen dan emas.

 

EUR/USD

Nilai EURUSD telah menyusut pada awal minggu lalu, tetapi melantun kembali dan menutup sesi pasaran Jumaat lebih tinggi pada 1.1400. Keseluruhannya, keuntungan pada euro adalah disebabkan oleh ketidakpastian Brexit dan dolar yang lemah. Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah sehingga tahun depan dan berkemungkinan untuk menyediakan skim pinjaman jangka panjang untuk bank komersial lain. Namun, tiada berita rasmi yang ditujukan kepada berita pinjaman tersebut, tetapi ECB dijangka untuk memberikan pengesahan selanjutnya semasa sidang akhbar mereka minggu ini.

 

GBP/USD

GBPUSD didagangkan secara bercampuran sepanjang minggu lalu sambil mengekalkan momentum bearish dan menutup sesi dagangan pada hari Jumaat dengan lebih rendah pada 1.2735. Para pelabur kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada undian Parlimen UK ke atas perjanjian Brexit, di mana sebarang keputusan akan mencetuskan kesan besar ke atas mata wang paun sterling. Keadaan semasa kekal mendung susulan dengan kemungkinan Perdana Menteri UK Theresa May menghadapi undian tiada keyakinan di mana beliau akan dipaksa untuk meletakkan jawatan sekiranya pengundian tersebut mencapai sejumlah 76 undi.


 

Kajian Pasaran (Komoditi): Disember 3 – 7

GOLD

Harga emas melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lalu sambil menutup sesi perdagangan Jumaat pada $ 1248.30 se troy auns berikutan dengan selera risiko pelabur semakin teruk. Logam kuning tersebut telah melonjak ke paras tertinggi 5 bulan berikutan dengan data AS yang lemah dan juga jangkaan kenaikan kadar masa depan yang berkemungkinan akan dibatalkan oleh Fed.

 

Secara keseluruhannya, permintaan untuk aset selamat kekal kukuh manakala data NFP Jumaat lalu terus memburukkan lagi selera pelabur terhadap risiko.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lepas manakala menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih rendah pada $ 52.10 setong.

 

Tinjauan semasa untuk pasaran minyak mentah bersifat positif berikutan dengan mesyuarat OPEC untuk memotong pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta bpd telah membantu untuk meningkatkan sentimen pasaran. Kartel tersebut akan mengumumkan untuk memotong 1.2 juta bpd bagi 6 bulan pertama di mana 15 anggota kartel OPEC akan menyumbang 800K bpd sementara Rusia dan pengeluar bersekutu yang lain akan menyumbang kepada pengurangan 400k bpd. Namun, keuntungan minyak mentah adalah terhad kerana para pelabur sudah telah menjangkakan pengurangan 1.4 juta dalam pengeluaran, justeru menyebabkan minyak mentah menutup pasaran dengan lebih rendah.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah mula meningkat selepas jatuh ke paras terendah setahun manakala pelabur kini akan memberi tumpuan kepada inventori minyak mentah global dengan kesan pengurangan pengeluaran OPEC .

Pandangan Mingguan: Disember 10-14  

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pelbagai data seperti data US PPI dan Retail Sales yang akan memberikan pandangan yang lebih jelas mengenai prospek ekonomi semasa AS dan undian Parlimen UK mengenai perjanjian Brexit.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan menumpu kepada tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Disember 3 – 7

Isnin, Disember 10  

Data

GBP – GDP (YoY) (Q3)

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct)

GBP – Monthly GDP 3M/3M Change

USD – JOLTs Job Openings

 

Acara

N/A

 

Selasa, Disember 11  

Data

GBP – Average Earnings Index + Bonus

GBP – Claimant Count Change (Nov)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Dec)

USD – PPI (MoM) (Nov)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Disember 12  

Data

USD – Core CPI (MoM) (Nov)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

GBP – UK Parliament vote on Brexit deal

 

Khamis, Disember 13  

Data

CHF – SNB Interest Rate Decision

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec)

 

Acara

CHF – SNB Monetary Policy Assessment

CHF – SNB Press Conference

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Disember 14

 

 

Data

JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q4)

JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q4)

CNY – Industrial Production (YoY) (Nov)

EUR – German Manufacturing PMI (Dec)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov)

USD – Retail Sales (MoM) (Nov)

 

Acara

N/A