14 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dollar mengukuh menjelang mesyuarat Fed.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rata berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara para pelabur mengalih perhatian mereka daripada isu perdagangan global kepada mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) yang bakal diadakan pada awal minggu depan. Untuk setakat ini, Fed dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk mengekalkan keadaan ekonomi semasa. Sebelum mesyuarat Fed, para pelabur kini menumpukan perhatian mereka kepada sebarang perubahan dalam pertumbuhan dan prospek inflasi Fed sambil menunggu pembebasan data Core Retail Sales bagi bulan November untuk mendapatkan isyarat yang selanjutnya. Indeks dolar telah menaik sebanyak 0.05% ke 97.05 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.53% ke 0.7190 akibat pembebasan data China yang suram pada awal hari ini. Pembacaan data yang tersasar dengan jangkaannya menunjukkan bahawa jualan runcit China pada bulan November berkembang kepada kadar yang paling lemah sejak tahun 2003 dan output perindustrian menunjukkan output yang terendah dalam tempoh tiga tahun. Oleh itu, dolar Australia turut mengalami penjualan yang mendadak kerana Australia merupakan rakan perdagangan terbesar China dan ia sangat sensitif terhadap data ekonomi China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.83% ke $52.60 setong di tengah-tengah kebimbangan para pelabur ke atas permintaan terhadap minyak mentah yang dijangka untuk menurun akibat pertumbuhan ekonomi China yang perlahan didorong oleh data Retail Sales dan pertumbuhan output perindustrian yang suram. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.07% ke $1240.95 menjelang keputusan kadar faedah Fed pada minggu depan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 51.8 | 51.8 | – |
| 21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.7% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.8% | 0.1% | – |
| 02:00
(15hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 877 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 97.05. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 97.05, 97.20
Tahap sokongan: 96.85, 96.60

GPBUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2675. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan di 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2730
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2535

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1340. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1375.
Tahap rintangan: 1.1375, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1340, 1.1320

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan sementara menguji pada tahap sokongan di 113.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 113.70, 114.15
Tahap sokongan: 113.45, 113.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7220. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7140

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6800. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6710

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3370. MACD yang memaparkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3370, 1.3415
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3295

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9915. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9955.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9865

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 52.90. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 50.40.
Tahap rintangan: 52.90, 53.90
Tahap sokongan: 50.40, 49.20

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1242.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1238.15.
Tahap rintangan: 1242.05, 1246.05
Tahap sokongan: 1238.15, 1234.50