83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Disember 2018                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Disember 17 – 21

Kajian Pasaran (Forex): Disember 10 – 14

Dolar AS

Dolar AS telah meningkat sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lebih tinggi pada 97.40. Kenaikan dolar disokong oleh prestasi buruk mata wang lain terutamanya Euro dan Pound sterling. Selain itu, dolar menerima sokongan yang lebih lanjut daripada data AS yang kuat termasuk jangkaan ahli ekonomis CPI dan PPI sementara data Retail Sales pada hari Jumaat  adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

 

Sepanjang minggu lalu, pasaran pound sterling dan euro telah dihantui oleh ketegangan politik yang makin meningkat termasuk ketidakpastian Brexit dan kenyataan ECB. Penjualan besar dari kedua-dua pasaran menyebabkan para pelabur melarikan diri ke pasaran dolar dengan jangkaan kenaikan kadar minggu ini. Walaupun Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan pernyataan dovish mengenai kadar faedah semasa mencapai kadar ‘neutral’ sebelum ini, sentimen masih kekal kukuh dalam pasaran dolar. Di samping itu, data Retail Sales pada hari Jumaat juga mempunyai bacaan sebanyak 0.2%, melebihi jangkaan ahli ekonomis sebanyak 0.1%, menunjukkan keyakinan pengguna yang lebih tinggi dan pertumbuhan upah yang stabil.

 

Secara keseluruhan, sentimen terhadap dolar kekal kukuh menjelang jangkaan kenaikan kadar manakala pelabur menanti pengesahan kenaikan kadar faedah yang lanjut semasa mesyuarat Fed minggu ini.

 


 

USD/JPY

USDJPY meningkat sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran Jumaat pada 113.40. Aset selamat Yen Jepun menghadapi penjualan yang ketara sepanjang minggu di tengah-tengah pilihan para pelabur untuk mengalih ke pasaran dolar. Dengan jangkaan pasaran bahawa Bank of Japan (BOJ) akan mengekalkan kadar faedah mereka pada tahap yang rendah, sidang akhbar minggu ini berkemungkinan untuk tidak membawa sebarang kesan terhadap Yen.

 

EUR/USD

Nilai EURUSD telah menyusut pada awal minggu lalu, tetapi melantun kembali dan menutup sesi pasaran Jumaat lebih tinggi pada 1.1400. Secara keseluruhannya, keuntungan pada euro adalah disebabkan oleh ketidakpastian Brexit dan dolar yang lemah. Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah sehingga tahun depan dan berkemungkinan untuk menyediakan skim pinjaman jangka panjang untuk bank komersial lain. Namun, tiada berita rasmi yang ditujukan kepada berita pinjaman tersebut, tetapi ECB dijangka untuk memberikan pengesahan selanjutnya semasa sidang akhbar mereka minggu ini.

 

GBP/USD

GBPUSD telah menembusi momentum bearish sepanjang minggu lalu, menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih rendah pada 1.2585. Pasangan ini mengalami penjualan yang ketara ketika Perdana Menteri UK Theresa May menghadapi undi “tiada keyakinan” oleh Parti Konservatifnya sendiri. Walaupun beliau dapat mempertahankan kedudukan semasa menangguhkan pengundian Parlimen untuk perjanjian Brexit, ketidakpastian Brexit masih kekal ketika beliau berjuang untuk merundingkan semula dengan EU untuk istilah yang lebih baik.

Kajian Pasaran (Komoditi): Disember 10 – 14

GOLD

Harga emas telah jatuh sepanjang minggu lalu sambil menutup sesi perdagangan Jumaat pada $ 1237.80 se troy auns kerana selera risiko para pelabur telah memihak kepada pasaran dolar. Logam kuning tersebut jatuh dari paras yang tinggi manakala para pelabur menunggu kenaikan kadar Fed minggu ini.

 

Secara keseluruhannya, permintaan untuk aset selamat semakin bertambah buruk memandangkan para pelabur mencari keuntungan yang lebih tinggi daripada pasaran dolar di tengah-tengah sentimen yang semakin suram pada pasaran euro dan paun.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lepas manakala menutup sesi dagangan Jumaat dengan lebih rendah pada $52.10 setong.

 

Tinjauan semasa untuk pasaran minyak mentah adalah bersifat positif berikutan dengan mesyuarat OPEC untuk memotong pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta bpd telah membantu untuk meningkatkan sentimen pasaran. Kartel tersebut akan mengumumkan untuk memotong 1.2 juta bpd bagi 6 bulan pertama di mana 15 anggota kartel OPEC akan menyumbang kepada 800K bpd sementara Rusia dan pengeluar bersekutu yang lain akan menyumbang kepada pengurangan 400k bpd. Namun, keuntungan minyak mentah adalah terhad kerana para pelabur sudah telah menjangkakan pengurangan 1.4 juta dalam pengeluaran, justeru menyebabkan minyak mentah menutup pasaran dengan lebih rendah.

 

Secara keseluruhannya, harga minyak mentah mula meningkat selepas jatuh ke paras terendah setahun manakala pelabur kini akan memberi tumpuan kepada inventori minyak mentah global dengan kesan pengurangan pengeluaran OPEC .

Pandangan Mingguan: Disember 17 – 21  

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pelbagai data seperti data AS PPI dan Retail Sales yang akan memberikan pandangan yang lebih jelas mengenai prospek ekonomi semasa AS dan undian Parlimen UK mengenai perjanjian Brexit.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan menumpu kepada tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Disember 17 – 21

Isnin, Disember 11  

Data

EUR – CPI (YoY) (Nov)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Disember 18  

Data

EUR – German Ifo Business Climate Index

USD – Building Permits (Nov)

 

Acara

AUD – Mid-Year Economic and Fiscal Outlook

AUD – RBA Meeting Minutes

 

Rabu, Disember 19  

Data

GBP – CPI (YoY) (Nov)

CAD – Core CPI (MoM) (Nov)

USD – Existing Home Sales (Nov)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – API Weekly Cure Oil Stock

 

Acara

N/A

 

Khamis, Disember 20  

Data

USD – Fed Interest Rate Decision

NZD – GDP (QoQ) (Q3)

AUD – Employment Change (Nov)

JPY – BoJ Interest Rate Decision

GBP – Retail Sales (MoM) (Nov)

GBP – BoE Interest Rate Decision

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec)

 

 

Acara

USD – FOMC Economic Projections

USD – FOMC Statement

USD – FOMC Press Conference

 

 

Jumaat, Disember 21

 

 

Data

GBP – GDP (YoY) (Q3)

GBP – GDP (QoQ) (Q3)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov)

USD – GDP (QoQ) (Q3)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Oct)

CAD – GDP (MoM) (Oct)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A