83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

.

Dolar melemah selepas data suram dibebaskan.

Dolar AS menyusut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin berikutan dengan data ekonomi yang suram sebelum Bank Pusat AS (Fed) membebaskan keputusan kadar faedah pada hari Khamis ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.32% ke paras 96.54 semasa awal sesi Asia. Menurut kepada New York Federal Reserve, Empire State Manufacturing Index telah menurun sebanyak 12.4 mata asas ke 10.9, paras yang terendah di dalam tempoh 19 bulan. Kelemahan tersebut tercetus berikutan dengan penurunan jangkaan bisnes dan pembuatan bagi rantau China. Para penganalisis menegaskan bahawa kelemahan di dalam indeks tersebut berpunca dari ketegangan perdagangan diantara AS dan China serta kekukuhan dolar AS untuk tempoh kebelakangkan ini. Laporan ekonomi yang suram tersebut dibebaskan sebelum Fed mengumumkan untuk meningkatkan kadar faedah. Namun, fokus pasaran akan diberikan dengan kenyataan serta ramalan Fed mengenai kenaikan kadar faedah bagi tahun depan. Sementara itu, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.05% ke paras 1.1348 selepas terdapatnya perkembangan positif mengenai isu bajet dari Itali. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah mencapai konsensus bersama parti populis untuk menghantar bajet yang telah diselaraskan kepada Suruhanjaya Eropah. Laporan tersebut memberi isyarat kepada penyusutan risiko di Itali oleh kerana kerajaan dari negara tersebut enggan mengubah pandangan mereka ke atas cadangan perbelanjaan kerajaan yang tinggi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 2.88% ke paras $49.57 setong. Harga komoditi tersebut mengalami tekanan penjualan yang ketara selepas laporan mendapati bahawa inventori di hab penyimpanan minyak Oklahoma telah meningkat sebanyak 1 juta tong pada minggu lepas. Ini memberi isyarat kepada pembekalan yang berlebihan di AS sementara sentimen para pelabur masih kekal pesimistik akibat daripada perkembangan ekonomi global dan permintaan minyak yang suram. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,246.35 se troy auns selepas dolar AS susut akibat daripada data yang negatif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – German Ifo Business Climate Index 102.0 101.8
21:30 USD – Building Permits (Nov) 1.265M 1.259M
05:30

(19th)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -10.180M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.45. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 96.60, 96.80

Tahap sokongan: 96.45, 96.25

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2575, 1.2500

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410

Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 113.70. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 112.60.

Tahap rintangan: 112.95, 113.30

Tahap sokongan: 112.60, 112.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7170. MACD yang mula untuk membentuk isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6780. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas 1.3430.

Tahap rintangan: 1.3430, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3380, 1.3315

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.9930.

Tahap rintangan: 0.9930, 0.9955

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 50.25. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 49.50.

Tahap rintangan: 50.25, 52.00

Tahap sokongan: 49.50, 47.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1237.25. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1253.00.

Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20

Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25