20 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak selepas Fed mengingkari Trump.
Dolar AS telah melantun dari paras rendah sebulan berikutan dengan isyarat yang bercampuran dari mesyuarat dua hari Bank Pusat AS (Fed). Semasa sesi Asia, indeks dolar meningkat sebanyak 0.41% dan disebut niaga berhampiran 96.40. Seperti yang dijangkakan oleh para pelabur, Fed telah meningkatkan kadar faedah mereka untuk kali keempat di dalam tahun ini sebanyak 25 mata asas dari 2.25% ke 2.50%. Walaubagaimanapun, pegawai Fed adalah lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan mereka sambil menurunkan jangkaan kenaikan kadar serta pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2019. Fed meramal untuk mempunyai dua kenaikan kadar pada 2019 dan ia memberi isyarat bahawa mereka berkemungkinan untuk menamatkan proses pengetatan dasar tidak lama lagi. Pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan sidang media menegaskan bahawa dasar kewangan tidak dijalankan mengikut kursus pra-tetap. Beliau mengulas bahawa pelan dasar masih mempunyai ketidaktentuan yang nyata memandangkan perkembangan ekonomi global mula untuk memaparkan isyarat kemelesetan. Namun, Fed tidak mengendahkan kritikan Presiden AS Donald Trump yang berkemungkinan untuk menghentikan pelan kenaikan kadar dengan serta-merta. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, GBP/USD menurun sebanyak 0.51% ke paras 1.2625 sementara EUR/USD menyusut sebanyak 0.30% ke 1.1385.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.08% ke $47.05 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun selepas EIA melaporkan penurunan yang lebih rendah daripada jangkaan di dalam stok minyak sebanyak -0.497 juta tong berbanding dengan -2.437 juta tong. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.09% ke paras $1,253.38 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Nov) | -0.5% | 0.3% | – |
| 20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.75% | 0.75% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 206K | 216K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) | 12.9 | 15.6 | – |
| 21:30 | USD – Philly Fed Employment (Dec) | 16.3 | – | – |
| 21:30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Oct) | -0.5% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah sebelumnya. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 96.45.
Tahap rintangan: 96.45, 96.60
Tahap sokongan: 96.25, 95.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.2575.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2575, 1.2500

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 112.60.
Tahap rintangan: 112.60, 112.95
Tahap sokongan: 112.35, 112.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7170. MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7060

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah 0.6780. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6710.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit untuk tempoh kebelakangkan ini. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3530, 1.3615
Tahap sokongan: 1.3430, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah paras atas segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9905

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah sebelumnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 47.50, 49.50
Tahap sokongan: 45.40, 43.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1253.00. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1242.10.
Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20
Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25