26 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut akibat ketegangan politik.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah ketegangan politik yang bertambah buruk akibat penutupan kerajaan AS dan juga ketidaksepakatan antara Presiden AS Donald Trump dan Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell. Selepas Parti Demokrat berjaya memenangi tempat Dewan Perwakilan daripada Republikan, para pelabur bimbang bahawa perubahan dalam kuasa tersebut akan menjejaskan kebolehan Trump untuk memperkenalkan undang-undang yang baru. Selain itu, ketegangan terkini antara Trump dan Powell di mana Trump telah mengancam untuk pecat Powell sebagai Pengerusi Fed turut memburukan sentimen terhadap dolar. Trump juga menyatakan bahawa masalah dengan keadaan semasa ekonomi AS adalah disebabkan oleh tindakan Fed untuk menaikkan kadar, dan mereka tidak faham akan kelihatan ekonomi semasa dan cara untuk menentang masalah yang dikemukakan. Dengan jangkaan terhadap penyusutan pertumbuhan ekonomi secara global dan juga ketegangan dalam negara AS telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke dalam aset selamat seperti emas dan juga Yen Jepun. Yen Jepun telah mengalami permintaan yang tinggi disebabkan oleh sifat mata wang yang stabil dari segi politik dan juga ekonomi. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 96.00 sementara pasangan USD/JPY telah menyokok sebanyak 0.06% ke 110.45 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.80% ke $42.75 selepas ia mencecah paras rendah 18 bulan akibat kebimbangan terhadap penyusutan pertumbuhan ekonomi dan juga peningkatan inventori minyak di AS. Walaupun OPEC dijangkakan untuk memotong minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari, para pelabur kini bimbang bahawa penyusutan dalam pertumbuhan ekonomi akan membawa impak yang besar kepada permintaan minyak dan juga harganya. Di samping itu, harga emas telah melonjak sebanyak $1272.00 se troy auns di tengah-tengah ketidakpastian terhadap ekonomi global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:00 JPY BoJ Governor Kuroda Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.30, 96.60
Tahap sokongan: 96.00, 95.65

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2700. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2740.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2740
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1400. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1435.
Tahap rintangan: 1.1435, 1.1470
Tahap sokongan: 1.1400, 1.1365

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 110.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 110.50, 110.90
Tahap sokongan: 110.00, 109.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7040. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7040, 0.7000

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6730. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6800
Tahap sokongan: 0.6730, 0.6700

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3580. MACD yang memaparkan momentum mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3625.
Tahap rintangan: 1.3625, 1.3670
Tahap sokongan: 1.3580, 1.3540

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9860. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9900, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9830

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 43.55. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 42.00.
Tahap rintangan: 43.55, 45.50
Tahap sokongan: 42.00, 40.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1272.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1274.00, 1280.00
Tahap sokongan: 1267.00, 1262.90