83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menurun akibat keyakinan pengguna yang suram.

Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas pembebasan data CB Consumer Confidence AS pada hari semalam. Merujuk kepada Conference Board AS, data tersebut yang mengukur keyakinan pengguna di AS dan memberi dorongan kepada tahap inflasi negara mempunyai bacaan sebenar sebanyak 128.1, tersasar dengan ramalan ahli ekonomi sebanyak 133.7. Semasa penyusutan pertumbuhan ekonomi secara global menambah buruk sentimen terhadap dolar, data semalam telah menggalakkan bear dolar kerana ia menunjukkan bahawa kemungkinan penyusutan tahap inflasi di AS akan menyebabkan Bank Pusat AS untuk menghentikan atau mengurangkan bilangan kenaikan kadar bagi tahun depan. Namun, data Initial Jobless Claims telah menunjukkan tuntutan insurans yang lebih kurang daripada jangkaan oleh individual yang menganggur dan hal ini memaparkan pertumbuhan pekerjaan dalam negara. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD lebih menarik perhatian pelabur berbanding dengan dolar dan juga pound sterling akibat ketidakpastian dan sentimen negatif mengelilingi kedua-dua pasaran tersebut. Walaupun Zon Eropah masih tertekan oleh kenyataan dovish Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai kelihatan pertumbuhan ekonomi pada masa depan, tetapi ketegangan politik di UK dan AS seperti isu Brexit dan juga penutupan kerajaan sementara di AS telah menyebabkan para pelabur untuk bertentang dengan kedua-dua mata wang tersebut dan memasuki ke dalam pasaran euro. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.39% ke 96.05 dan pasangan EUR/USD telah menaik sebanyak 0.12% ke 1.1445 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 1.15% ke $45.90 semasa sesi awal dagangan Asia sementara sentimen pasaran menunggu laporan inventori oleh API yang telah ditangguhkan akibat musim perayaan. Untuk setakat ini, para pelabur menjangkakan pemotongan bekalan oleh OPEC dan sekutunya untuk mengimbangkan kelebihan bekalan di dalam pasaran mulai bulan depan, tetapi mereka akan menumpukan perhatian mereka kepada laporan inventori minyak daripada API dan EIA terlebih dahulu untuk menentukan momentum bagi harga minyak. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.09% ke $1275.50 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A


Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Dec) 0.1% 0.3%
22:45 USD – Chicago PMI (Dec) 66.4 62.0
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov) -2.6% 0.7%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 95.70.

 

Tahap rintangan: 96.00, 96.25

Tahap sokongan: 95.70, 95.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran menaik sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2660. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilin di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2660, 1.2700

Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1435. MACD yang menunjukkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1470.

 

Tahap rintangan: 1.1470, 1.1520

Tahap sokongan: 1.1435, 1.1395

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 110.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.35

Tahap sokongan: 110.60, 110.20

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7035. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100

Tahap sokongan: 0.7035, 0.7000

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6700. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6745.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6700, 0.6655

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3610. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3645, 1.3680
Tahap sokongan: 1.3610, 1.3565

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9835. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9875, 0.9920
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9785

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 45.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 47.00.

 

Tahap rintangan: 47.00, 48.50

Tahap sokongan: 45.20, 43.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1278.00. MACD yang menunjukkan permulaan isyarat bullish serta formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1278.00, 1284.00

Tahap sokongan: 1273.50, 1267.00