28 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menurun akibat keyakinan pengguna yang suram.
Indeks dolar telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas mencapai paras tinggi 96.50 sementara para pelabur memasuki pasaran aset selamat seperti Swiss Franc dan Yen Jepun untuk melindungi pelaburan mereka daripada pasaran dolar yang berisiko. Sentimen positif pelabur terhadap dolar telah memudar akibat ketegangan perang perdagangan baru antara AS dan China dan juga data yang lemah untuk kedua-dua buah negara tersebut yang menggalakkan kebimbangan pertumbuhan ekonomi global. Merujuk kepada Reuters, pentadbiran Trump merancang untuk melaksanakan perintah di mana negara AS akan mengisytiharkan kecemasan negara yang akan menghalang syarikat tempatan daripada menggunakan produk pembuatan firma Huawei Technologies China. Hal ini telah menambah buruk ketegangan perdagangan antara dua negara tersebut dan kini pasaran bimbang bahawa sama ada AS dan China dapat menjejaskan perbezaan mereka. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.10% ke 95.90 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan USD/JPY telah menjunam sebanyak 0.30% ke 110.65 berikutan dengan pembebasan data CPI dan juga kadar pengangguran Jepun. CPI negara Jepun bagi bulan Disember telah menurun sebanyak 0.3% berbanding dengan bacaan terdahulunya sebanyak 0.8% dan kadar pengangguran telah menaik ke paras 2.5%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.51% ke $45.60 setong menjelang pemotongan bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari yang akan dilaksanakan pada awal bulan depan. Di samping itu, harga emas telah menaik sebanyak 0.21% ke $1278.10 ser troy auns di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:00 | EUR – German CPI (MoM) (Dec) | 0.1% | 0.3% | – |
| 22:45 | USD – Chicago PMI (Dec) | 66.4 | 62.0 | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov) | -2.6% | 0.7% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 95.65.
Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.65, 95.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2615. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2715.
Tahap rintangan: 1.2715, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1430. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1475.
Tahap rintangan: 1.1475, 1.1540
Tahap sokongan: 1.1430, 1.1385

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 110.25.
Tahap rintangan: 110.70, 110.95
Tahap sokongan: 110.25, 109.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7030. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7030, 0.6985

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6696. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6740.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6630

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3610. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3650.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3680
Tahap sokongan: 1.3610, 1.3565

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9855. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9815.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9815, 0.9755

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 44.85. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 47.00.
Tahap rintangan: 47.00, 48.35
Tahap sokongan: 44.85, 43.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1278.10. MACD yang menunjukkan permulaan isyarat bullish dan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1278.10, 1291.10
Tahap sokongan: 1272.65, 1265.60