04 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam di tengah-tengah data suram.
Indeks telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama akibat data ISM Manufacturing PMI dan Initial Jobless Claims yang suram menjelang pengumuman data Nonfarm Payroll (NFP) pertama pada tahun 2019. Pada awal hari semalam, dolar telah menerima dorongan menaik daripada data ADP Nonfarm Employment Change yang baik dengan bacaan 271K berbanding dengan 179K. Namun, peningkatan tersebut telah dihadkan oleh pengumuman data pembuatan yang tersasar dengan ramalannya dengan bacaan 54.1 berbanding dengan 57.7. Di samping itu, data Initial Jobless Claims yang lebih tinggi telah menunjukkan lebih ramai bilangan pekerja yang menganggur di AS dan para pelabur bimbang data tersebut akan menjejaskan pembacaan data NFP pada hari ini dan melanjutkan kerugian dolar. Untuk setakat ini, penyusutan pertumbuhan global yang makin membimbangkan pasaran telah mendorong pelabur untuk mencari keselamatan dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas sementara menunggu sentimen positif bagi pasaran yang berisiko. Pasangan USD/JPY kekal didagang pada paras rendahnya selepas penurunan yang dahsyat pada hari semalam walapun dengan penutupan pasaran stok Jepun. Indeks dolar telah menjunam sebanyak 0.56% ke 95.78 manakala pasangan USD/JPY telah menokok sebanyak 0.12% ke 107.75 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.32% ke $46.95 setong di tengah-tengah penurunan inventori minyak, didorong oleh pemotongan bekalan oleh OPEC dan sekutunya. Menurut kepada American Petroleum Institute, tahap inventori AS telah jatuh ke -4.50M berbanding dengan terdahulunya sebanyak 6.92M. Bull minyak kini menyambut keuntungan pada hari semalam dan menjangkakan tahap inventori untuk melanjutkan kejatuhannya sementara menunggu laporan Crude Oil Inventories. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.12% ke $1295.50 se troy auns di tengah-tengah penyusutan pertumbuhan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:15 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change | -16K | -12K | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Dec) | 50.4 | 50.7 | – |
| 21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Dec) | 155K | 178K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Dec) | 3.7% | 3.7% | – |
| 21:30 | CAD – Employment Change (Dec) | 94.1K | 6.8K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.70. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 96.00.
Tahap rintangan: 96.00, 96.25
Tahap sokongan: 95.70, 95.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2610. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2660.
Tahap rintangan: 1.2660, 1.2700
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1395. MACD yang menunjukkan permulaan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilin di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1435
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1320

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 107.70. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 108.40.
Tahap rintangan: 108.40, 108.90
Tahap sokongan: 107.70, 107.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7000. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7035.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6700. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6700, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6650, 0.6600

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.3480. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3530, 1.3565
Tahap sokongan: 1.3480, 1.3435

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9865. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9920, 0.9960
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9835

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 47.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.20, 43.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1295.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1230.90.
Tahap rintangan: 1230.90, 1305.85
Tahap sokongan: 1295.00, 1288.10