07 Januari 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Januari 7 – Januari 11
Kajian Pasaran (Forex): Disember 31 – Januari 4
Dolar AS
Dolar AS telah menjunam dan menutup pasaran Jumaat dengan lebih rendah di 95.70 akibat penyusutan pertumbuhan ekonomi global yang memburukkan sentimen terhadap pasaran dolar.
Pada awal minggu lepas, penyusutan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China dan juga data China yang suram telah mendorong momentum bullish dolar sambil mencecah paras tinggi 96.50 sementara para pelabur mengambil kesempatan untuk membeli dolar. Namun, data ISM Manufacturing PMI yang suram telah mengehadkan keuntungan dolar dengan bacaan sebenar sebanyak 54.1 berbanding dengan jangkaannya sebanyak 57.7. Data yang suram tersebut telah menghilangkan keyakinan para pelabur terhadap pasaran dolar dan menyebabkan mereka untuk memasuki pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Pada lewat minggu lepas, dolar melanjutkan kerugiannya akibat pembebasan data kadar pengangguran yang tersasar dengan ramalannya sebanyak 20 mata asas. Walaupun data Nonfarm Payroll yang baik menunjukkan perubahan bilangan pekerja baru dalam sektor bukan ladang, kadar pengangguran yang lemah telah menunjukkan kelembapan ekonomi negara AS.
Secara keseluruhan, para pelabur masih berwaspada terhadap indeks dolar sementara menjangkakan Fed untuk menghentikan keketatan dasar kewangannya bagi awal tahun 2019.
USD/JPY
USDJPY telah melanjutkan trend menurunnya sementara menutup pasaran dengan lebih tinggi di 107.15 pada Jumaat lepas. Pada hari Khamis yang lalu, Yen Jepun telah menjunam dengan ketara berikutan dengan pengumuman ramalan pendapatan Apple yang membimbangkan para pelabur. Tambahan pula, peningkatan nilai Yen juga didorong oleh data Caixin Manufacturing China yang tersasar dengan ramalannya.
EUR/USD
EURUSD telah melemah secara keseluruhan minggu lepas akibat data yang suram dan juga kemungkinan penyusutan pertumbuhan ekonomi global sementara menutup pasaran di 1.1395. Pada awal minggu lepas, Zon Eropah telah mengumumkan data pembuatan bagi beberapa negara dan bacaannya telah menunjukkan kelembapan dalam sektor pembuatan Eropah. Hal ini telah memberi jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengekalkan kadar faedah mereka pada paras yang sama. Namun, oleh kerana penggerakan mata wang euro adalah lebih tertakluk kepada penggerakan dolar, penurunan dolar pada lewat minggu lepas telah mendorong kenaikan nilai euro.
GBP/USD
Pada awal minggu lepas, GBPUSD telah menjunam ke paras rendah 1.2515 semasa tertekan oleh kenaikan dolar di tengah-tengah kelihatan perang perdagangan AS dan China yang lebih optimistik dan juga data China yang suram. Namun, pound sterling berjaya untuk memangkas kerugiannya berikutan dengan penurunan dolar yang didorong oleh data yang suram dan kelembapan ekonomi di AS.
Kajian Pasaran (Komoditi): Disember 31 – Januari 4
GOLD
Harga emas telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas sementara menutup pasaran dengan lebih rendah di $1284.90 se troy auns berikutan dengan data yang bercampuran dan juga kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell yang bernada dovish. Ketidakpastian terhadap kelihatan pasaran dan kemungkinan masalah politik di AS telah menggalakkan pelabur untuk mendapatkan perlindungan daripada pasaran aset selamat seperti emas dan Yen Jepun.
Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat kekal tinggi akibat ketidakpastian terhadap pertumbuhan ekonomi global dan isu politik di AS seperti dinding sempadan Mexico.
Crude Oil
Minyak mentah telah berjaya untuk menukarkan trend bearishnya kepada bullish sementara menutup pasaran Jumaat lepas di $48.30 setong.
Pada awal minggu lepas, harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan dan juga kemungkinan penyusutan pertumbuhan ekonomi global yang telah menyusutkan keyakinan para pelabur terhadap pasaran minyak. Selain itu, sentimen ditambah buruk akibat kebimbangan pemotongan bekalan OPEC yang dilaksanakan pada 1hb Januari tidak dapat mengimbangkan harga minyak yang rendah. Namun, harga minyak telah melonjak ke $48.90 setong, paras tertingginya dalam tempoh dua minggu susulan dengan laporan US Baker Hughes Oil Rig Count yang menunjukkan pengurangan pelantar minyak daripada 885 ke 877. Laporan tersebut telah menunjukkan pengurangan dalam aktiviti pelantaran minyak.
Secara keseluruhannya, harga minyak mentah bermula untuk memulih kekuatannya sementara pelabur menumpukan perhatian mereka kepada perlaksanaan pemotongan bekalan oleh OPEC yang mengehadkan penurunan harga komoditi tersebut.
Pandangan Mingguan: Januari 7 – Januari 11
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pelbagai data penting seperti ISM Non-Manufacturing PMI dan Core CPI yang bakal menunjukkan kelihatan keadaan ekonomi di AS dengan selanjutnya.
Bagi pedagang minyak, mereka akan menumpu kepada tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Januari 7 – Januari 11
| Isnin, Januari 7 |
Data EUR – Retail Sales (MoM) (Nov) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) CAD – Ivey PMI (Dec)
Acara N/A
|
| Selasa, Januari 8 | Data
EUR – German Industrial Production (MoM) (Nov) CHF – Retail Sales (YoY) USD – JOLTs Job Openings (Nov)
Acara N/A
|
| Rabu, Januari 9 |
Data USD – API Weekly Crude Oil Stock EUR – Unemployment Rate (Nov) CAD – BoC Interest Rate Decision USD – Crude Oil Inventories
Acara CAD – BoC Monetary Policy Report CAD – BoC Rate Statement GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Khamis, Januari 10 |
Data USD – Initial Jobless Claims USD – New Home Sales
Acara CAD – BOC Press Conference USD – FOMC Meeting Minutes EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
|
|
Jumaat, Januari 11
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Nov) GBP – GDP (MoM) GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) GBP – Monthly GDP 3M/3M Change USD – Core CPI (MoM) (Dec)
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks
|