10 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam di tengah-tengah Minit Fed yang dovish.
Indeks dolar yang berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjuanm ke paras rendah tiga bulan semasa sesi dagangan awal Asia. Dolar telah mengalami momentum bearish akibat peningkatan jangkaan bahawa Bank Pusat AS akan mengekalkan dasar kadar faedah pada paras yang sama bagi tahun ini. Menurut kepada laporan minit Fed, beberapa ahli penggubal dasar telah mencadangkan untuk mengekalkan kadar faedah semasa mesyuarat pada 18-19 Disember. Selain itu, sentimen pasaran global telah ditambah baik selepas Presiden As Donald Trump mengulas bahawa perbincangan perdagangan antara AS dan China telah berjalan dengan lancar dan hal ini telah menggalakkan keyakinan para pelabur terhadap penyusutan ketegangan perang perdagangan dan bakal mengurangkan permintaan terhadap aset selamat. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.08% ke 94.70 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menurun sebanyak 0.20% ke 0.7155 akibat pembebasan data China yang suram. Data Producer Price Indeks yang mengukur harga perniagaan yang diterima bagi barangan dan perkhidmatan mereka memberi bacaan sebanyak 0.9%, tersasar dengan ramalannya sebanyak 1.6% dan hal ini telah memburukan sentimen di pasaran Australia sambil menyebabkan para pelabur untuk menjualkan dolar Australia dan mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran lain.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.90% ke $51.70 setong di tengah-tengah laporan Crude Oil Inventories EIA yang menunjukkan perubahan bilangan tong minyak di AS telah tersasar dengan ramalan ahli ekonomi. Data tersebut memberi bacaan sebanyak -1.680M, lebih tinggi daripada jangkaannya sebanyak -2.400M. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.13% ke $1294.65 se troy auns di tengah-tengah sentimen pasaran dolar yang menambah buruk, mengakibatkan peningkatan permintaan terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
01:00(11hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 231K | 225K | – |
| Tentative | USD – New Home Sales | 544K | 569K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 94.60. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 94.95, 95.40
Tahap sokongan: 94.60, 94.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.2780. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2815, 1.2855
Tahap sokongan: 1.2780, 1.2740

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1555. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1555, 1.1590
Tahap sokongan: 1.1520, 1.1470

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah semetara menguji pada tahap sokongan di 107.95. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas penutupan lilin di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 108.40, 108.90
Tahap sokongan: 107.95, 107.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7180. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7140.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7100

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6785. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6785, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6700

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3210. MACD yang memaparkan permulaan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3160

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9750. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9700.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9785
Tahap sokongan: 0.9700, 0.9655

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 51.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 52.70, 53.90
Tahap sokongan: 51.60, 50.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1295.00. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1295.00, 1300.90
Tahap sokongan: 1288.10, 1283.00