15 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Mampukah UK “Brexit”?
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah pada hari Isnin sementara para pelabur memberi tumpuan kepada undian parlimen ke atas draf perjanjian Brexit. Perjanjian Brexit dari Perdana Menteri UK Theresa May di dalam jangkaan meluas untuk ditolak oleh ahli Parlimen UK. Namun, para pelabur masih membeli mata wang pound sterling oleh kerana risiko Brexit tanpa perjanjian telah menyusut secara ketara. Untuk setakat ini, pasaran membuat spekulasi ke atas beberapa kemungkinan yang termasuk lanjutan tempoh transisi Brexit, referendum kali kedua atau pembatalan Brexit. Bagi pasaran AS, dolar gagal untuk melakukan sebarang pemulihan akibat daripada sentimen bearish di dalam pasaran terhadap Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell. Powell pada minggu lepas menyatakan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar kewangan sekiranya kadar inflasi berada di dalam lingkungan yang stabil. Oleh itu, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data Producer Price Index pada malam ini untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.10% ke 1.2876 sementara indeks dolar menyusut sebanyak 0.09% ke 95.13..
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mengalami kerugian sebanyak 0.10% ke $50.70 setong pada pagi ini. Harga minyak mengalami tekanan selepas laporan China menegaskan kemungkinan untuk mengalami kemelesetan dari segi pertumbuhan perdagangan dan ia boleh menjejaskan permintaan bagi minyak dari negara tersebut. Sementara itu, harga emas berayun di paras $1,291.26 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 EUR ECB President Draghi Speaks
00:30 (16hb) USD FOMC Member Kashkari Speaks
02:00 USD FOMC Member George Speaks
02:00 USD FOMC Member Kaplan Speaks
03:00 USD UK Parliament Vote on Brexit Deal
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – Trade Balance (Nov) | 14.0B | 13.7B | – |
| 21:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jan) | 10.90 | 10.75 | – |
| 21:30 | USD – PPI (MoM) (Dec) | 0.1% | -0.1% | – |
| 05:30 (16hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -6.270M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.
Tahap rintangan: 95.25, 95.50
Tahap sokongan: 95.00, 94.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2860. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2910.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2960
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di sasaran 1.1480. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1480.
Tahap rintangan: 1.1480, 1.1520
Tahap sokongan: 1.1450, 1.1410

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.05. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 108.40.
Tahap rintangan: 108.40, 108.70
Tahap sokongan: 108.05, 107.75

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7220.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7145

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6840.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara berayun dan tipis sementara menguji di tahap sokongan 1.3270. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3270.
Tahap rintangan: 1.3270, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3170

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9790. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9790, 0.9765

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 50.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 51.50.
Tahap rintangan: 51.50, 52.75
Tahap sokongan: 50.50, 49.30

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Stochastic Oscillator yang telah membentuk isyarat pengunduran mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah paras bawah segi tiga.
Tahap rintangan: 1297.00, 1303.00
Tahap sokongan: 1284.35, 1280.00