83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

 

Sterling melonjak, dolar susut.

Dolar AS telah didagang secara tipis pada semalam sementara data ekonomi yang optimistiknya telah dibayangi oleh kenaikan mata wang pound sterling. Di AS, Philadelphia Fed telah melaporkan bahawa data PMI sektor pembuatannya meningkat ke paras 17 untuk bulan Januari, lebih tinggi berbanding ramalan hanya 9.7. Tambahan pula, bilangan Initial Jobless Claims telah mencecah paras terendah di dalam tempoh 5 minggu walaupun penutupan kerajaan AS telah memberi impak kepada 800,000 penjawat awam. Namun, dolar gagal untuk melanjutkan kenaikannya berikutan dengan pertukaran sentimen di dalam pasaran kewangan. Di UK, Perdana Menteri Theresa May memanggil untuk mengadakan pertemuan diantara parti bagi menyelesaikan masalah Brexit. Para pelabur meneruskan pembelian mereka ke atas pound sterling sambil membuat spekulasi bahawa UK berkemungkinan untuk memperoleh perjanjian Brexit dan mengelakkan Brexit tanpa perjanjian perdagangan. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan masih menyelubungi keadaan di UK selepas pengerusi Parti Buruh Jeremy Corbyn enggan bertemu dengan May sambil menuntut untuk menolak kemungkinan Brexit tanpa perjanjian. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 95.67 sementara GBP/USD menurun sebanyak 0.05% ke 1.2974.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.33% ke $52.34 setong. Harga minyak melantun kembali dari paras bawahnya selepas AS mempertimbang untuk memansuhkan tarif yang telah dikenakan ke atas China. Inisiatif tersebut bakal menurunkan ketegangan perdagangan diantara dua pihak. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.09% ke $1,290.79 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

Tentatif                 CrudeOIL                               OPEC Meeting

22:05                     USD                                        FOMC Member Williams Speaks

00:00 (19hb)        USD                                        FOMC Member Harker Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Dec) 1.4% -0.8%
21:30 CAD – Core CPI (MoM) (Dec) -0.2%
22:15 USD – Industrial Production (MoM) (Dec) 0.6% 0.2%
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jan) 98.3 97.0
02:00

(19hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 873

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 95.75. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 95.75, 96.10

Tahap sokongan: 95.30, 95.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1.3030, 1.3110

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2910

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang secara tipis sementara menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1380. MACD yang memaparkan pembetulan isyarat bullish divergence mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1420.

Tahap rintangan: 1.1420, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1380, 1.1330

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.95. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 109.35.

Tahap rintangan: 109.35, 109.90

Tahap sokongan: 108.95, 108.25

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7180.

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255

Tahap sokongan: 0.7180, 0.7145

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas penutupan niaganya di bawah garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3260.

Tahap rintangan: 1.3290, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3260, 1.3230

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9950. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9990

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9835

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di paras 52.75.

Tahap rintangan: 52.75, 54.10

Tahap sokongan: 51.50, 50.50

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras tingginya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

Tahap rintangan: 1297.00, 1303.00

Tahap sokongan: 1287.20, 1284.35