18 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berkekal mantap susulan dengan data yang baik.
Indeks dolar telah mengukuhkan kedudukannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan data Jobless claims yang optimistik. Menurut kepada Department of Labor AS, data Initial Jobless Claims telah mencecah paras terendah dalam lima minggu, sambil menurun sebanyak 3000 ke 213,000, melebihi jangkaan ahli ekonomi sebanyak 216,000. Selain itu, data Philadelphia Fed Manufacturing Index telah memberi bacaan sebanyak 17.00 berbanding dengan ramalannya sebanyak 9.7. Data yang baik tersebut telah menggalakkan sentimen terhadap dolar. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 95.68 semasa penulisan. Di samping itu, pasangan USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.15% ke 109.38 semasa penulisan berikutan dengan kadar inflasi yang rendah. Menurut kepada laporan, inflasi teras berkekal di paras rendah tujuh bulan yang tersasar dengan sasaran inflasi Bank Pusat Jepun di 2%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.81% ke $52.60 setong semasa para pelabur membeli minyak secara mendadak susulan dengan laporan mengenai pelan AS untuk meningkatkan sekatan terhadap Venezuela dan ia bakal mengurangkan import minyak dari negara tersebut. Tindakan ini telah menambahkan baik sentimen terhadap pasaran minyak mentah. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.06% e $1291.13 semasa penulisan susulan dengan pengukuhan dolar dan juga penyusutan ketegangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
22:05 USD FOMC Member Williams Speaks
00:00 (19hb) USD FOMC Member Harker Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Dec) | 1.4% | -0.8% | – |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Dec) | -0.2% | – | – |
| 22:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Dec) | 0.6% | 0.2% | – |
| 23:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jan) | 98.3 | 97.0 | – |
| 02:00
(19hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 873 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 95.75. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 95.25.
Tahap rintangan: 95.75, 96.40
Tahap sokongan: 95.25, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2930. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3165
Tahap sokongan: 1.2930, 1.2800

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1375. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan lantunannya ke arah tahap sokongan di 1.1375.
Tahap rintangan: 1.1480, 1.1565
Tahap sokongan: 1.1375, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 109.10. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 110.25.
Tahap rintangan: 110.25, 111.40
Tahap sokongan: 109.10, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7155. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7230.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7115

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6760. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6800
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3300. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan atau tahap sokongan adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3060

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9950. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.9910.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 50.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 53.00.
Tahap rintangan: 53.00, 55.25
Tahap sokongan: 50.30, 48.30

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan di 1298.50 atau tahap sokongan 1286.90 adalah diperlukan untuk mendapatkan isyarat yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran emas.
Tahap rintangan: 1296.85, 1309.00
Tahap sokongan: 1287.00, 1278.90