28 Januari 2019 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 28 – Februari 1
Reviu Pasaran (Forex): Januari 21 – Januari 25
US Dollar
Dolar AS telah menukar trend bullishnya kepada bearish sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 95.35 berbanding dengan enam pasangan mata wang utama.
Pada awal minggu lepas, dolar telah meningkat di tengah-tengah perbincangan perdagangan antara AS dan China yang lebih optimistik dan ia telah mendorong kepada momentum bullish pasaran dolar. Menurut kepada laporan daripada pegawai China, China akan mengimbangkan lebihan dagangan mereka dengan menambahkan import barangan daripada AS sebanyak $1 trilion. Berita tersebut telah menambah baik sentimen dolar sementara memberikan harapan bahawa perang perdagangan dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Namun, data yang suram di AS seperti Existing Home Sales telah memburukkan sentimen tersebut. Menurut kepada National Association of Realtors, data tersebut memberi bacaan sebanyak 4.99M, tersasar dengan ramalannya sebanyak 5.25M dan data tersebut telah memaparkan ekonomi AS yang makin menyusut dan menjejaskan kemungkinan bagi kenaikan kadar.
Selain itu, indeks dolar telah menjunam pada Jumaat lepas di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan akibat pembatalan mesyuarat diantara Beijing dengan AS susulan dengan isu harta intelektual. Ini telah menunjukkan bahawa perang perdagangan masih memerlukan masa yang lebih panjang untuk diselesaikan.
Di samping itu, sikap berterusan Presiden AS Donald Trump untuk mendapatkan pembiayaan bagi dinding sempadannya telah mengakibatkan kepada penutupan kerajaan buat hari ke-34. Selain itu, laporan daripada Wall Street Journal telah menambah buruk sentimen bagi pasaran semasa mereka menegaskan bahawa Fed berkemungkinan besar untuk mengekalkan penyata imbangan mereka dan juga dasar kadar faedah bagi minggu ini. Hal tersebut telah mencetuskan momentum bearish terhadap dolar dan para pelabur telah bertindak dengan mengalihkan portfolio mereka ke pasaran yang lain seperti euro dan emas.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah berayun sepanjang minggu lepas sementara menutupkan sesi dagangan Jumaat di 109.50. Yen Jepun yang merupakan satu aset selamat telah mengalami permintaan yang tinggi pada minggu lepas berikutan dengan penyusutan dalam pertumbuhan global dan ketidakpastian isu politik di pasaran. Tambahan pula, laporan daripada Wall Street Journal telah mengakibatkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran aset selamat dan menyebabkan pasangan ini untuk menurun dengan ketara.
EUR/USD
Euro telah didagang dengan lebih rendah sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran di 1.1300 di tengah-tengah pembebasan data dari Zon Eropah yang termasuk data German Manufacturing PMI. Menurut kepada Markit Economics, data tersebut telah memberi bacaan sebanyak 49.9, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 51.4. Pembacaan di bawah paras 50 menunjukkan bahawa sektor pembuatan Jerman tengah mengalami fasa pengecutan dan menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang euro secara mendadak sambil memasuki ke pasaran lain. Berikutan dengan keputusan kadar faedah, euro telah melanjutkan kerugiannya selepas Zon Eropah mengumumkan data PMI yang telah tersasar dengan ramalannya. Kesemua data yang suram tersebut telah memaparkan pertumbuhan ekonomi Eropah yang makin menyusut dan ECB telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah di 0.00% bagi tempoh yang lebih panjang sehingga isu pertubuhan ekonomi dapat diselesaikan.
GBP/USD
Pound sterling berjaya untuk melanjutkan keuntungannya sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di 1.3195. Selepas draf Brexit Theresa May ditolak oleh pihak Parlimen, pemimpin Parti Labor UK Jeremy Corbyn telah tertekan oleh ahli partinya dan Parlimen untuk mencadangkan referendum Brexit kedua. Keputusan tersebut akan dikenal pasti pada minggu ini di mana sekiranya referendum Brexit kedua mendapatkan sokongan daripada majoriti, undian ke atas pilihan Brexit akan diadakan dan kemungkinan untuk membantahkan Brexit secara keseluruhan adalah lebih tinggi. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada undian draf Brexit kedua dan juga kemungkinannya referendum kedua pada minggu ini.
Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 21 – Januari 25
GOLD
Harga emas telah melonjak ke $1302.45 se troy auns pada Jumaat lepas, paras tertingginya dalam tempoh enam bulan. Aset selamat seperti Yen Jepun dan emas telah mengalami pembelian secara mendadak berikutan dengan perubahan sentimen dan permintaan yang lebih rendah terhadap aset yang berisiko dalam pasaran. Perubahan sentimen tersebut telah didorong oleh ketegangan perang perdagangan antara AS dan China yang masih belum diselesaikan dan juga nada dovish daripada ucapan Mario Draghi dalam sidang media ECB.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menukarkan trend bullish kepada bearish sementara menutup pasaran Jumaat di $53.50. Penurunan dalam harga minyak mentah adalah disebabkan oleh penyusutan pertumbuhan global yang bakal mengurangkan permintaan terhadap minyak bagi masa yang akan datang. Selain itu, pasaran minyak berkekal suram dan tertekan oleh penyusutan pertumbuhan di China selepas ia membebaskan data GDP mereka yang telah menjunam ke 6.6%, paras terendahnya dalam tempoh 28 tahun.
Di samping itu, International Monetary Fund yang mengurangkan jangkaan pertumbuhan global telah memburukkan sentimen pasaran minyak sambil memberi isyarat bahawa permintaan global terhadap minyak mentah bakal mengurang. Tambahan pula, pembatalan mesyuarat antara AS dan China di Beijing telah menghapuskan segala keyakinan para pelabur terhadap minyak kerana ketegangan perang perdagangan tersebut akan lebih mengurangkan permintaan terhadapnya. Tambahan pula, data tahap inventori minyak mingguan telah memburukan sentimen dan melanjutkan momentum bearish bagi pasaran minyak. Menurut kepada American Petroleum Institute, stok minyak mentah mingguan telah meningkat ke 6.550M berbanding dengan bacaan terdahulunya sebanyak -0.560M.
Sebaliknya, isu Venezuela telah mengehadkan penurunan minyak mentah sambil meningkatkan harganya pada Jumaat lepas. Berikutan dengan krisis pemimpin di Venezuela, pentadbiran Trump bercadang untuk melaksanakan sekatan terhadap minyak Venezuela selepas Presidennya Nicolas Maduro telah memutuskan hubungan politik dengan AS. Hukuman terhadap kerajaan Venezuela bakal mengurangkan lebihan inventori minyak mentah. Sementara itu, sentimen minyak masih tertekan susulan dengan peningkatan bilangan pelantar minyak yang dilaporkan oleh Baker Hughes. Hal ini akan menyebabkan aktiviti pelantaran minyak yang lebih banyak dan turut mendorong kepada peningkatan bagi inventori minyak mentah.
Pandangan Mingguan: Januari 28 – Februari 1
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada beberapa acara berisiko dari Eropah seperti perkembangan Brexit di UK serta data Interest Rate Decision dan juga Nonfarm Payrolls untuk menentukan selanjutnya sentimen dan kelihatan pasaran.
Bagi para pedagang komoditi minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data inventori dari API dan EIA untuk melihat kekukuhan permintaan dari pengimport minyak yang terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 28 – Februari 1
| Isnin, Januari 28 |
Data N/A
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Selesa, Januari 29 | Data
USD – Goods Trade Balance (Nov) USD – CB Consumer Confidence (Jan)
Acara N/A
|
| Rabu, Januari 30 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – CPI (QoQ) (Q4) EUR – German CPI (MoM) (Jan) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan) USD – GDP (QoQ) (Q4) USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories
Acara GBP – UK Parliament vote on Brexit deal
|
| Khamis, Januari 31 |
Data USD – Fed Interest Rate Decision JPY – Industrial Production (MoM) (Dec) CNY – Manufacturing PMI (Jan) EUR – German Unemployment Change (Jan) EUR – GDP (QoQ) EUR – Unemployment Rate (Dec) USD – Initial Jobless Claims CAD – GDP (MoM) (Nov)
Acara USD – FOMC Statement USD – FOMC Press Conference
|
|
Jumaat, Februari 1
|
Data AUD – PPI (QoQ) (Q4) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jan) EUR – German Manufacturing PMI (Jan) GBP – Manufacturing PMI (Jan) EUR – CPI (YoY) (Jan) USD – Nonfarm Payrolls (Jan) USD – Unemployment Rate (Jan) USD – ISM Manufacturing PMI (Jan) USD – ISM Manufacturing Employment (Jan) USD – Michigan Consumer Sentiment (Jan) USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|