31 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam ke paras rendah 3 minggu di tengah-tengah kenyataan FOMC.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan pembebasan kenyataan Federal Open Market Committee (FOMC) mengenai keputusan Fed terhadap kadar faedah. Kenyataan semalam menyatakan bahawa pihak Fed akan bersabar sementara mereka menentukan pelarasan yang sesuai kepada julat sasaran bagi kadar faedah untuk menangani keadaan kelembapan ekonomi semasa. Kenyataan yang dovish tersebut telah menghilangkan keyakinan para pelabur terhadap jangkaan kenaikan kadar secara beransur bagi tahun ini dan hal ini menyebabkan dolar untuk mengalami penjualan secara mendadak. Selain itu, sebelum kenyataan FOMC adalah pembebasan data ADP Nonfarm Employment Change yang melebihi jangkaannya dan juga data Pending Home Sales. Walaupun data pekerjaan yang memberi bacaan sebanyak 213K berbanding dengan 180K telah mendorong kepada kenaikan dolar pada awalnya, namun kenaikan tersebut telah dihadkan oleh data Pending Home Sales yang tersasar dengan ramalannya dengan bacaan -2.2% berbanding dengan 0.8%. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 94.96 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.09% ke 1.1485 akibat penurunan dolar dan data German CPI yang baik. Data CPI memberi bacaan sebanyak -0.8%, lebih tinggi daripada jangkaannya sebanyak -0.9% sambil memaparkan kadar perbelanjaan yang lebih tinggi. Walaupun pertumbuhan secara keseluruhan bagi Zon Eropah berkekal lembap, data inflasi seperti CPI yang baik bakal memberi sokongan yang kukuh kepada pasaran Eropah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.31% ke $54.40 setong di tengah-tengah pembebasan data inventori yang baik. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA) AS, inventori minyak mentah telah menurun lebih daripada 1 juta tong ke 0.919M. Selain itu, sentimen minyak terus disokong oleh sekatan ke atas eksport minyak Venezuela dan juga pemotongan bekalan oleh OPEC. Kelihatan keadaan pasaran minyak terkini berkekal positif sementara para pelabur menunggu berita yang selanjutnya mengenai pelan OPEC untuk menambahkan pemotongan bekalan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.11% ke $1317.90 selepas ia mencecah paras tinggi terdekat di tengah-tengah kenyataan dovish FOMC yang menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Jan) | -14K | -11K | – |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) | 0.2% | 0.2% | – |
| 18:00 | EUR – Unemployment Rate (Dec) | 7.9% | 7.9% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 199K | 215K | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM) (Nov) | 0.3% | -0.1% | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Nov) | 544K | 560K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 95.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 94.60.
Tahap rintangan: 95.15, 95.55
Tahap sokongan: 94.60, 94.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan di 1.3085. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3205, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3085, 1.3000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1480. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1565.
Tahap rintangan: 1.1565, 1.1615
Tahap sokongan: 1.1480, 1.1445

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 109.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.10.
Tahap rintangan: 109.10, 110.00
Tahap sokongan: 107.85, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7270. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7230.
Tahap rintangan: 0.7270, 0.7335
Tahap sokongan: 0.7230, 0.7155

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6910. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6875, 0.6840

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3125. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3215.
Tahap rintangan: 1.3215, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

USDCHF, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9950. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9910.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 54.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 51.75.
Tahap rintangan: 54.55, 57.80
Tahap sokongan: 51.75, 48.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1320.25. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1305.10.
Tahap rintangan: 1320.25, 1329.15
Tahap sokongan: 1305.10, 1296.85