83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Februari 2019             Analisis Sesi Tengah Hari

 

Kiwi menjunam berlatarbelakangkan data pekerjaan suram.

Dolar New Zealand menerima tekanan menurun yang ketara di dalam pasaran forex berdasarkan laporan pekerjaan yang lebih suram daripada jangkaan. Pasangan NZD/USD menurun sebanyak 0.19% ke paras 0.6760 semasa penulisan. Menurut kepada Statistics New Zealand, data Employment Change bagi suku keempat memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.3%. Data tersebut telah menurunkan pandangan bullish terhadap mata wang Kiwi selepas data tersebut memberikan bacaan yang optimistik bagi suku ketiga tahun lepas. Tambahan pula, dolar New Zealand menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas kadar pengangguran meningkat ke paras 4.3%, tersasar daripada ramalan iaitu 4.1%. Bagi pasaran AS, indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 96.15 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dolar menerima permintaan yang tinggi selepas mata wang seperti Euro, Dolar Australia dan Kanada menerima tekanan menjual di dalam pasaran forex.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.28% ke $53.86 setong. Harga minyak mengalami tekanan semenjak semalam selepas paras pembekalan minyak di AS mencecah paras rekod tinggi dan ia telah menurunkan optimisme terhadap penyelesaian kelebihan stok global. Selain itu, harga emas mengalami kerugian sebanyak 0.19% ke $1,304.11 se troy auns selepas dolar AS melanjutkan keuntungannya semenjak semalam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran           Acara

Sehari               HKD                  Hong Kong – Lunar New Year

Sehari               CNY                  China – Spring Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

17:00                EUR                  ECB Economic Bulletin

18:00                EUR                  EU Economic Forecast

20:00                GBP                  MPC Inflation Report

20:00                GBP                  BoE MPC Meeting Minutes

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Dec) -1.9% 0.7%
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Feb) 0.75% 0.75%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 253K 221K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 96.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.30.

 

Tahap rintangan: 96.30, 96.65

Tahap sokongan: 96.00, 95.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2930. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.2930.

 

Tahap rintangan: 1.2990, 1.3060

Tahap sokongan: 1.2930, 1.2855

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1355. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah sasaran 1.1355.

 

Tahap rintangan: 1.1415, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

 

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. Oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memaparkan isyarat yang teliti, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.50.

Tahap sokongan: 109.55, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6780. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6710.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas tahap rintangan 1.3220. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.0000. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080

Tahap sokongan: 1.0000, 0.9970

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 53.70.

 

Tahap rintangan: 54.40, 55.20

Tahap sokongan: 53.70, 52.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1305.40. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan penurunan dan menuju ke arah 1295.55.

 

Tahap rintangan: 1305.40, 1313.80

Tahap sokongan: 1295.55, 1286.75