83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Februari 2019             Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD menjunam berlatarbelakangkan isyarat dovish.

Dolar Australia menjunam ke paras rendah bulanan yang baru berbanding dengan dolar AS selepas Bank Pusat Australia (RBA) mengadaptasi panduan dasar kewangan yang dovish. Pasangan AUD/USD menyusut sebanyak 0.28% ke 0.7078 semasa penulisan. Menurut kepada minit mesyuarat yang dilepaskan pada semalam, RBA telah menurunkan jangkaan kenaikan kadar faedah selepas bank tersebut menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Australia bagi tahun 2019 dan 2020. Tambahan pula, RBA juga telah menurunkan ramalan tahap inflasi bagi mencerminkan keadaan pertumbuhan ekonomi yang suram serta harga barangan yang rendah bagi jangka masa yang terdekat. Selain itu, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.03% ke paras 109.77. Mata wang safe-haven yen telah menerima permintaan yang lebih tinggi di dalam pasaran selepas laporan mencadangkan bahawa pertemuan diantara AS dan China berkemungkinan untuk tidak diadakan sebelum tarikh tamat 1hb Mac.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.55% ke paras $52.19 setong. Harga minyak masih berada di dalam bias menurun berikutan dengan kekhuatiran pasaran terhadap kelembapan ekonomi global. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke paras $1,309.50 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar semasa pertengahan sesi Asia.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran       Acara

Sehari               China           Spring Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran       Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Trade Balance (Dec) 19.0B 18.1B
21:30 CAD – Employment Change (Jan) 9.3K 8.0K
21:30 CAD – Unemployment Change (Jan) 5.6% 5.7%
02:00

(9hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 847

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.30. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 96.30.

 

Tahap rintangan: 96.30, 96.65

Tahap sokongan: 96.00, 95.50

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2930.

 

Tahap rintangan: 1.2990, 1.3060

Tahap sokongan: 1.2930, 1.2855

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1415

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1215

 

USDJPY, H1:USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. Oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memaparkan isyarat yang teliti, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.50

Tahap sokongan: 109.55, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah sebelumnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3325. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3325, 1.3360

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3220

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0000.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080

Tahap sokongan: 1.0000, 0.9970

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 52.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 51.85.

 

Tahap rintangan: 52.80, 53.70

Tahap sokongan: 51.85, 51.50

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1305.40.

 

Tahap rintangan: 1313.80, 1321.20

Tahap sokongan: 1305.40, 1295.55