4 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak sementara memantau rundingan AS-China.
Dolar AS telah meneruskan kenaikannya pada hari Jumaat yang lepas walaupun data ekonomi dari AS memaparkan keputusan yang kurang memuaskan. Sentimen pasaran telah bertukar positif susulan dengan pandangan optimistik terhadap perkembangan ekonomi dunia serta perkembangan yang baik ke atas rundingan perdagangan AS-China. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.29% ke 96.32. Dolar masih kukuh walaupun data ekonomi suram yang merangkumi aspek sektor pembuatan, inflasi dan perbelanjaan tidak memberikan kesan yang ketara ke atas ekonomi AS. Para penganalisis menjangkakan bahawa data yang bearish tersebut adalah berpunca dari penutupan kerajaan pusat dan ia telah menurunkan sentimen perbelanjaan dan permintaan barangan. Selain itu, perkembangan positif di dalam rundingan AS-China telah meningkatkan sokongan ke atas mata wang dolar oleh kerana penyelesaian pada perang perdagangan boleh meningkatkan jangkaan pertumbuhan ekonomi global. Tambahan pula, dolar telah menerima sokongan yang meluas susulan dengan penjualan mendadak ke atas pound sterling selepas ia melonjak akibat daripada kemungkinan penangguhan Brexit dan penyusutan risiko penceraian tanpa perjanjian. Pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.14% ke 1.3229 semasa sesi Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mengalami kerugian lebih daripada 3% pada hari Jumaat lepas ke paras $55.77 setong. Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah berlatarbelakangkan peningkatan pembekalan minyak harian di AS sebanyak 2 juta tong pada tahun lepas sambil mencecah 12.1 juta tong sehari. Sementara itu, harga emas menjunam lebih daripada 1% ke $1,289.55 se troy auns pada Jumaat lepas akibat daripada lantunan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Feb) | 50.6 | 50.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 96.65.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.00, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3010

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 112.20.
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7170
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6820. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6780.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6735

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1.3280. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3325.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9975, 0.9950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia telah membentuk lilin pin-bar baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 55.60.
Tahap rintangan: 56.45, 57.45
Tahap sokongan: 55.60, 55.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1294.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1294.00.
Tahap rintangan: 1305.60, 1315.45
Tahap sokongan: 1294.00, 1280.20