83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar susut dari paras tinggi.

Dolar AS telah berundur dari paras tingginya pada hari Selasa berikutan dengan lantunan mata wang lain seperti pound sterling dan dolar Kanada. Di UK, sterling menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Perdana Menteri Theresa May menyeru ahli parlimen untuk memberikan masa yang selebihnya bagi mencapai perjanjian dengan EU mengenai perubahan perjanjian isu sempadan Ireland. Dengan kurang daripada 6 minggu sehingga UK berpisah dari EU pada 29hb Mac, May menerima kritikan bahawa beliau mencuba untuk mengurangkan tempoh masa debat bagi memaksa ahli parlimen pro-Brexit untuk menyokong perjanjian beliau. Sebaliknya, dolar Kanada menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran berikutan dengan kenaikan harga minyak. Oleh kerana ekonomi Kanada bergantung kepada eksport minyak mentah, maka pergerakan yang ketara pada komoditi tersebut akan memberi impak kepada CAD. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas JOLTs Job Openings memberi bacaan yang lebih tinggi dengan 7.335 juta berbanding 6.900 juta dan ia memberi isyarat kepada pembekalan pekerjaan tinggi di dalam keadaan pengambilan pekerjaan yang kukuh. Semasa penulisan: indeks dolar menurun sebanyak 0.35% ke 96.47; GBP/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.2896; USD/CAD susut sebanyak 0.05% ke 1.3234.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% ke $53.30 setong. Harga minyak melantun secara mendadak selepas Arab Saudi mengumumkan untuk memotong pembekalan minyak lebih daripada apa yang telah diumumkan pada bulan Disember yang lepas. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,311.49 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                               IEA Monthly Report

03:10 (14hb)          NZD                                        RBNZ Gov Orr Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – CPI (YoY) (Jan) 2.1% 1.9%
18:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Dec) -1.7% -0.4%
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Jan) 0.2% 0.2%
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories 1.263M 2.668M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Dollar indeks telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 96.30.

Tahap rintangan: 96.65, 97.00

Tahap sokongan: 96.30, 96.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2855. MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menurun tersebut.

Tahap rintangan: 1.2930, 1.2990

Tahap sokongan: 1.2855, 1.2800

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1270. MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1355.

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1415

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1270

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di 110.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya dan menuju ke arah 0.7170.

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6710. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah sasaran 1.3280. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3220.

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0080. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1.0080, 1.0130

Tahap sokongan: 1.0040, 1.0000

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas 52.80. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya untuk memecahkan sasaran di 53.70.

Tahap rintangan: 53.70, 54.40

Tahap sokongan: 52.80, 51.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1315.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1315.00, 1329.00

Tahap sokongan: 1303.00, 1292.85