83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal kukuh sementara perbincangan perdagangan disambungkan.

Indeks dolar berbanding dengan sekumpulan mata wang utama berkekal mantap di paras 96.00 sementara perbincangan perdagangan antara AS dan China disambungkan. Walaupun dengan data ekonomi yang suram pada hari semalam, dolar masih dapat mengimbangi data negatif sementara para pelabur menumpukan perhatian kepada perkembangan perbincangan perdagangan di mana kedua-dua negara berusaha untuk mencapai perjanjian dan menamatkan perang tersebut. Sementara menjelang tarikh akhir bagi perlaksanaan tarif tambahan ke atas barangan China, kegagalan untuk mencapai perjanjian akan memberi manfaat kepada AS didorong oleh tarif yang tinggi, namun kesannya akan menjejaskan perdagangan dan ekonomi global bagi jangka masa panjang. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.14% ke 96.45 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menaik sebanyak 0.18% ke 0.7105 selepas ia menjunam ke paras rendah seminggu akibat dengan kebimbangan mengenai larangan China terhadap import arang batu Australia. Segabai salah satu rakan perdagangan yang terbesar dengan China, larangan tersebut akan menjejaskan ekonomi Australia secara mendadak. Walau bagaimanapun, mata wang tersebut dapat memangkas sebahagian kerugiannya, didorong oleh komen bank pusat yang positif dan data pekerjaan yang kuat. Untuk setakat ini, perhatian akan ditumpukan kepada hasil perang perdagangan di mana perjanjian dicapai akan menggalakkan sentimen pasaran Asia.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.12% ke $56.90 setong semasa penulisan. Komoditi tersebut telah berundur dari paras tingginya susulan dengan data Crude Oil Inventories yang suram. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), pembekalan minyak telah meningkat ke 12 juta tong sehari dan peningkatan dalam tahap inventori sebanyak 3.672M, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 3.080M. Namun, sentimen masih berkekal positif akibat dengan usaha OPEC dalam pemotongan bekalan. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.18% ke $1325.70 selepas ia berundur dari paras tingginya pada hari semalam akibat dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:30                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

00.00 (23hb)        USD                                        Fed Monetary Policy Report


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German GDP 0.0% 0.0%
17.00 EUR – German Ifo Business Climate Index 99.00 99.1
18.00 EUR – CPI (YoY) (Jan) 1.4% 1.4%
21.30                 Core Retail Sales (MoM) (Dec) -0.6% -0.5%
02.00

(23hb)

CrudeOIl – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 857

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 96.45. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.45, 96.90

Tahap sokongan: 96.05, 95.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3080. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2960.

 

Tahap rintangan: 1.3080, 1.3205

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2845

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1340. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1340, 1.1300

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 110.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.35, 112.20

Tahap sokongan: 110.60, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7085. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7130.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7160

Tahap sokongan: 0.7085, 0.7055

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6800. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6845.

 

Tahap rintangan: 0.6845, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6770

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3200. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3260.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3310

Tahap sokongan: 1.3200, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085

Tahap sokongan: 0.9985, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 57.50. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 55.75.

 

Tahap rintangan: 57.50, 59.20

Tahap sokongan: 55.75, 54.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1329.15. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1315.00.

 

Tahap rintangan: 1329.15, 1340.55

Tahap sokongan: 1315.00, 1302.90