22 Februari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Fokus pasaran ke atas rundingan AS-China.
Dolar AS telah mengukuhkan kedudukannya berbanding dengan mata wang utama yang lain susulan dengan peningkatan kadar bon persekutuan AS. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 96.43. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas rundingan perdagangan diantara AS dan China sementara kedua-dua negara tersebut bertelagah atas butiran yang bakal mengakhiri perang perdagangan mereka. Reuters melaporkan secara eksklusif pada hari Rabu bahawa kedua-dua negara tersebut telah membuat perjanjian mengenai isu-isu struktur sementara merangka enam memorandum persefahaman mengenai reformasi China. Walaubagaimanapun, keuntungan pada dolar AS adalah masih terhad berikutan dengan data ekonomi AS yang lemah dari semalam. Data ekonomi pada semalam memaparkan penurunan pada harga barang modal teras serta penyusutan pada kadar penjualan rumah. Bacaan yang suram ini telah mengesahkan jangkaan bahawa Bank Pusat AS bakal menghentikan proses pengetatan dasar kewangan bagi tahun ini. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.13% ke 1.3032. Pound sterling telah menerima tekanan menurun selepas kerajaan British menangguhkan pengumuman tarif Brexit dan ia telah meningkatkan ketidaktentuan ekonomi di negara tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang secara tipis berhampiran dengan $56.85 setong. Harga minyak telah melanjutkan kerugiannya semenjak semalam selepas pembekalan minyak AS mencecah paras rekod tinggi sebanyak 12 juta tong sehari. Peningkatan pada pembekalan AS bakal menjejaskan usaha OPEC yang telah menurunkan pembekalan harian mereka bagi mengetatkan bekalan minyak dunia. Sementara itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1,324.84 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:30 EUR ECB President Draghi Speaks
00.00 (23hb) USD Fed Monetary Policy Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP | 0.0% | 0.0% | – |
| 17.00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 99.00 | 99.1 | – |
| 18.00 | EUR – CPI (YoY) (Jan) | 1.4% | 1.4% | – |
| 21.30 | Core Retail Sales (MoM) (Dec) | -0.6% | -0.5% | – |
| 02.00
(23hb) |
CrudeOIl – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 857 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 96.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish dan silang emas mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.80.
Tahap rintangan: 96.80, 97.05
Tahap sokongan: 96.40, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3070. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.2975.
Tahap rintangan: 1.3070, 1.3155
Tahap sokongan: 1.2975, 1.2895

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1350. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1300.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi di 110.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 110.90.
Tahap rintangan: 110.90, 111.05
Tahap sokongan: 110.60, 110.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7105. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7145
Tahap sokongan: 0.7075, 0.7015

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6765. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6735

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3200. MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3265.
Tahap rintangan: 1.3265, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0090
Tahap sokongan: 0.9990, 0.9945

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 57.45. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 56.55.
Tahap rintangan: 57.45, 58.85
Tahap sokongan: 56.55, 55.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1323.15. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 1323.15.
Tahap rintangan: 1337.20, 1344.75
Tahap sokongan: 1323.15, 1303.35