83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Februari 2019                                Analisis Sesi Petang

 

Dolar mengukuhkan kedudukannya menjelang testimoni Powell kedua.

Indeks dolar kekal ditekan berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara sentimen pasaran dijejaskan oleh kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell yang dovish dalam ucapannya pada hari Selasa. Walaupun dengan data keyakinan pengguna yang kukuh dan data perumahan yang makin meningkat, sentimen masih berkekal suram sewaktu para pelabur menumpukan fokus mereka kepada penegasan Powell mengenai rancangan Fed untuk bersabar dengan dasar kewangan mereka dan menyesuaikan penyata imbangan dengan keadaan ekonomi. Para pelabur kini berwaspada sementara menunggu isyarat yang selanjutnya daripada testimoni Powell di Washington, DC pada hari ini yang berkemungkinan untuk membawa impak yang besar kepada dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 95.86 semasa penulisan. Di samping itu, pasangan NZD/USD telah menyusut sebanyak 0.07% ke 0.6885 semasa penulisan berikutan dengan data Trade Balance New Zealand yang tersasar dengan ramalannya sebanyak -914M berbading dengan -300M. Data tersebut telah menunjukkan penyusutan ekonomi di negara New Zealand.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% ke $55.85 setong apabila berita menyatakan bahawa OPEC dan sekutunya telah mengesahkan untuk meneruskan pelan pemotongan bekalan walaupun dengan tekanan daripada Presiden AS baru-baru ini. Sebaliknya, harga emas kekal kukuh dan menokok sebanyak 0.09% ke 1327.75 susulan dengan kelemahan dolar kekal menyokong dalam permintaan untuk emas selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jan) -0.2%
23:00 USD – Factory Orders (MoM) (Dec) -0.6% 1.5%
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) -2.2% 0.8%
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories 3.672M 2.842M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 95.55.

 

Tahap rintangan: 96.05, 96.45

Tahap sokongan: 95.55, 95.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3205.

 

Tahap rintangan: 1.3350, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3205, 1.3065

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1390. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1355.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan paras bawah saluran sisi. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.35

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7190. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.7155.

 

Tahap rintangan: 0.7190, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6905. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6875.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935

Tahap sokongan: 0.6875, 0.6845

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3200. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3125.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3260

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9985. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085

Tahap sokongan: 0.9985, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 55.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 57.50.

 

Tahap rintangan: 57.50, 59.20

Tahap sokongan: 55.75, 54.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1325.65. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1340.55, 1353.10

Tahap sokongan: 1325.65, 1315.05