27 Februari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan isyarat dovish Powell.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam berlatarbelakangkan kenyataan dovish dari Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar menurun sebanyak 0.37% ke 95.87. Di dalam Laporan Dasar Monetari kepada Kongres, Powell mengulas bahawa pasaran pekerjaan di AS adalah masih kukuh dan mereka mendapati bahawa ia bakal melanjutkan pemulihannya bagi tempoh masa yang akan datang. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan untuk menggubal dasar kewangan secara berhati-hati bagi menyokong pertumbuhan pasaran pekerjaan dan mengekalkan kadar inflasi berhampiran dengan sasaran 2%. Isyarat yang disampaikan oleh beliau telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar dan ia telah mengalihkan tumpuan mereka kepada aset dari pasaran utama dan baru yang lain. Bagi pasaran UK, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.3257. Menurut kepada editor politik dari The Guardian, parti Buruh bakal mengemukakan referendum kali kedua untuk diundi di dalam parlimen pada hari ini. Undian kali kedua bakal membuka peluang kepada pembatalan Brexit dan ia telah meningkatkan sentimen pasaran terhadap pound sterling.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan pemulihannya sebanyak 1.37% ke $55.92 setong. Harga minyak meningkat selepas American Petroleum Institute (API) melaporkan penurunan pada stok minyak sebanyak 4.2 juta tong bagi minggu lepas. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,328.67 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Jan) | -0.2% | – | – |
| 23:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Dec) | -0.6% | 1.5% | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) | -2.2% | 0.8% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | 3.672M | 2.842M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.
Tahap rintangan: 96.00, 96.65
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3255. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun bagi jangka pendek selepas ia memecahkan sasaran di 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3170

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1400. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 110.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 110.50.
Tahap rintangan: 111.00, 111.45
Tahap sokongan: 110.50, 110.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6890, 0.6820

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3120.
Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini menguji di paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080
Tahap sokongan: 0.9995, 0.9970

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 55.15. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 56.45.
Tahap rintangan: 56.45, 57.45
Tahap sokongan: 55.60, 55.15

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini menguji di paras atasnya. Walaupun MACD telah membentuk isyarat bullish, pemecahan dari paras atasnya adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1329.00, 1333.00
Tahap sokongan: 1323.00, 1315.00