4 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berkekal kukuh walaupun dengan komen Trump.
Indeks dolar berkekal kukuh berbanding dengan enam pasangan mata wang utama walaupun dengan pandangan pesimistik Trump mengenai dolar. Dalam kritikannya yang terkini, Trump menyatakan bahawa dolar terlalu kuat dan mengkritik Powell yang ‘suka meningkatkan kadar’. Walau bagaimanapun, sentimen pasaran kekal positif berikutan dengan perjanjian perdagangan yang optimis di mana Presiden Donald Trump telah menangguhkan tarikh akhir kenaikan tarif ke atas barangan China. Di samping itu, Trump juga menyatakan bahawa kemajuan yang besar telah dicapai dalam perbincangan perdagangan dan hal ini menunjukkan langkah yang makin dekat untuk mencapai kesepakatan perdagangan. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% ke 96.30 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menaik sebanyak 0.11% ke 0.7090 semasa penulisan berikutan dengan berita bahawa AS dan China bakal mencapai perjanjian perdagangan yang telah meningkatkan harga Yuan China. Oleh kerana China merupakan rakan perdagangan terbesar dengan Australia, mata wang Aussie kini juga bermanfaat daripada sentimen positif tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $55.83 setong semasa penulisan sementara pasaran bertindak balas terhadap laporan pada hari Khamis yang diumumkan oleh US Energy Department bahawa mereka telah menyediakan sebanyak 6 juta tong minyak kecemasan dari Strategic Pretoluem Reserve (SPR). Kebanyakan pelabur kini bimbang bahawa pihak AS akan menggunakan cara ini untuk menentang pemotongan pembekalan OPEC atau keketatan bekalan akibat daripada sekatan AS terhadap minyak Venezuela dan Iris. Sebaliknya, harga emas telah menjatuh sebanyak 0.11% $1293.90 semasa penulisan akibat dolar yang kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Feb) | 50.6 | 50.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.40. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.05.
Tahap rintangan: 96.40, 96.90
Tahap sokongan: 96.05, 95.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3205. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3285.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3205, 1.3065

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1355. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan di 1.1395.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 112.10. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 111.10.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.10, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7085. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7130.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7085,0.7055

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6800. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6845.
Tahap rintangan: 0.6845, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6765

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3310. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3310, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3200

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9975. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085
Tahap sokongan: 0.9975, 0.9910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia menguji pada tahap sokongan di 55.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 57.50.
Tahap rintangan: 57.50, 59.20
Tahap sokongan: 55.75, 54.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1295.40. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 1303.50.
Tahap rintangan: 1303.50, 1315.05
Tahap sokongan: 1295.40, 1287.05