5 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Euro menurun, isyarat dovish bakal menjelang?
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas euro gagal untuk mengukuhkan kedudukannya sambil mencecah paras rendah dua minggu. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.11% ke 94.48 sementara pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.01% ke 1.1336 semasa penulisan. Seawalnya, Sentix Investor Confidence di zon EU telah memulih dari 3.7% bagi bulan Februari ke -2.2% bagi bulan Mac. Selain itu, kadar inflasi bagi pemborong telah menjangkaui ramalan ekonomis bagi bulan Januari yang lepas. Namun, euro masih gagal untuk memulih berlatarbelakangkan data tersebut susulan dengan penyusutan sentimen optimis sebelum mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) di dalam minggu ini. Selain itu, data ekonomi dari zon EU yang bias kepada bearish juga telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap ECB yang mungkin mengambil pendekatan “menunggu sambil memantau” dan mengelak dari mengetatkan dasar mereka bagi tahun ini. Dari aspek mesyuarat ECB, para ekonomis menjangkakan ECB untuk menegaskan kelemahan data ekonomi bagi jangka masa yang terdekat dan berkemungkinan untuk memberi isyarat dalam melakukan rangsangan ekonomi sekiranya diperlukan. Namun, ECB juga berkemungkinan untuk mengurangkan ramalan mereka memandangkan momentum ekonomi telah mengalami penyusutan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.12% ke $56.16 setong. Harga minyak didagang secara berayun sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan stok minyak mentah dari EIA pada hari Rabu ini. Selain itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya pada semalam sebanyak 0.73% ke $1,286.92 se troy auns susulan dengan lantunan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
23:35 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Mar) | 1.50% | 1.50% | – |
| 15:30 | CHF – CPI (MoM) (Feb) | -0.3% | 0.4% | – |
| 16:55 | EUR – German Services PMI (Feb) | 55.1 | 55.1 | – |
| 17:00 | EUR – Markit Composite PMI (Feb) | 51.4 | 51.4 | – |
| 17:00 | EUR – Services PMI (Feb) | 52.3 | 52.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Feb) | 50.1 | 49.9 | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Feb) | 57.8 | – | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) | 56.7 | 57.3 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Dec) | 657K | 600K | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 54.7 | – | – |
| 05:30
(6hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -4.200M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 96.65.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.00, 95.50

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3010

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1280

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7145
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7055

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6780

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3325. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3280, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0005. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.9975.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9975, 0.9950

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah paras bawah segi tiga.
Tahap rintangan: 56.45, 57.45
Tahap sokongan: 55.60, 55.15

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan aliran menurun susulan dengan penutupan niaganya di bawah 1294.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 1280.20.
Tahap rintangan: 1294.00, 1305.60
Tahap sokongan: 1280.20, 1267.30