5 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Aussie ditekan oleh keputusan kadar RBA sementara dolar masih kukuh.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah meneruskan momentum bullish ketika sentimen pasaran berkekal kukuh susulan dengan laporan baik mengenai perundingan perdagangan. Menurut kepada laporan, Washington dan Beijing telah berhampiran dengan mencapai perjanjian perdagangan dan hal ini telah menggalakkan selera risiko pelabur serta mendorong momentum dolar. Selain itu, peningkatan dolar juga didorong oleh kadar hasil bon perbendaharaan yang tinggi dan juga data yang baik, sambil mengurangkan ketakutan pelabur terhadap kemelesetan ekonomi. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.08% ke 96.60 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.18% ke 0.7072 dan kekal ditekan oleh keputusan Bank Pusat Australia (RBA) untuk mengekalkan kadar faedah pada paras yang sama. Sentimen ditambah buruk susulan dengan kenyataan daripada Gabenor Philip Lowe yang menyatakan bahawa RBA akan mengadaptasi nada dovish untuk tahun ini. Tambahan pula, data terkini seperti Services PMI China yang tersasar dengan ramalannya telah melanjutkan momentum bearish bagi mata wang Aussie.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.30% ke $56.06 setong selepas China menurunkan sasaran pertumbuhannya bagi tahun ini dan ketidakpastian mengenai perjanjian perdagangan antara AS dan China juga menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.13% ke $1288.60 se troy auns susulan dengan kebimbangan pelabur mengenai perang perdagangan yang memberi sokongan kepada nilai aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:35 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | CHF – CPI (MoM) (Feb) | -0.3% | 0.4% | – |
| 16:55 | EUR – German Services PMI (Feb) | 55.1 | 55.1 | – |
| 17:00 | EUR – Markit Composite PMI (Feb) | 51.4 | 51.4 | – |
| 17:00 | EUR – Services PMI (Feb) | 52.3 | 52.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Feb) | 50.1 | 49.9 | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Feb) | 57.8 | – | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) | 56.7 | 57.3 | – |
| 23:00 | USD – New Home Sales (Dec) | 657K | 600K | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 54.7 | – | – |
| 05:30
(6hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -4.200M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 96.65. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 96.00.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.00, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3180. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3085.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3085, 1.3000

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1325. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.1365.
Tahap rintangan: 1.1365, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1325, 1.1275

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 111.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur ke arah tahap sokongan di 111.35.
Tahap rintangan: 111.85, 112.35
Tahap sokongan: 111.35, 110.90

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari paras tengah saluran di 0.7100. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah paras bawah saluran sisi di 0.7060.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7170
Tahap sokongan: 0.7060, 0.7030

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6780. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6850, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6715

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3325. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0010. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9980.
Tahap rintangan: 1.0010, 1.0030
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras tengah saluran tersebut di 56.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke paras bawah saluran tersebut selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 57.50, 58.70
Tahap sokongan: 56.15, 55.00

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1288.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1302.50, 1325.00
Tahap sokongan: 1288.00, 1275.30