83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Mac 2019                          Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melanjutkan kenaikannya berdasarkan data positif.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas laporan ekonomi memaparkan lantunan di dalam pasaran perumahan dan aktiviti perkhidmatan. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.18% ke 96.71 semasa penulisan. Menurut kepada Insitute for Supply Management, data PMI bagi sektor bukan pembuatan untuk bulan Februari meningkat ke paras 59.7, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 57.3. Sektor perkhidmatan adalah komponen yang paling kritikal kepada AS oleh kerana ia merangkumi lebih daripada 80% GDP AS. Di dalam sektor perumahan, US Commerce Department melaporkan bahawa penjualan rumah baru telah meningkat sebanyak 3.7% ke paras 621,000 unit bagi bulan Disember. Data tersebut adalah jauh lebih baik daripada ramalan ekonomis untuk menurun sebanyak 8.7% ke 600,000 unit. Kedua-dua laporan ini telah mendorong kepada sentimen optimis di dalam pasaran sambil menurunkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi di AS. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar adalah terhad selepas beberapa ahli Bank Pusat AS memberikan sokongan untuk mengadaptasikan pendekatan “menunggu sambil memantau” terhadap dasar kewangan masa depan. Bagi rantau UK, pasangan GBP/USD merosot sebanyak 0.20% ke 1.3149. Pound sterling menerima tekanan bearish selepas Gabenor Bank Pusat England Mark Carney menyampaikan penilaian yang dovish mengenai ekonomi UK. Semasa testimoni di hadapan House of Lords, Carney menyatakan bahawa haluan pasaran untuk kadar faedah masih tidak mencukupi sambil menegaskan risiko kemelesetan yang makin meningkat di UK.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.02% ke $56.20 setong. Harga minyak didagang secara bercampuran semenjak hari Isnin yang lepas sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai rundingan perdagangan AS-China serta pasaran inventori minyak di AS. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,287.62 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko pasaran dan peningkatan nilai dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

23:00                     CAD                        BoC Rate Statement

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 213K 189K
21:30 USD – Trade Balance (Dec) -49.30B -57.90B
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
23:00 CAD – Ivey PMI (Feb) 54.7 55.1
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories -8.647M 1.203M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Walaupun MACD memaparkan penyusutan pada momentum menurun, pemecahan dari 96.80 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.00

Tahap sokongan: 96.65, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3170, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2880

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1310, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1230

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 112.20, 112.80

Tahap sokongan: 111.45, 111.00

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7070. MACD yang membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7055

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji di tahap rintangan 0.6800. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6800.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6735

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1.3325. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3360, 1.3455

Tahap sokongan: 1.3325, 1.3280

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0040. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0070, 1.0095

Tahap sokongan: 1.0040, 1.0005

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di paras bawah segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 55.85.

 

Tahap rintangan: 56.45, 57.45

Tahap sokongan: 55.60, 55.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1280.20. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1294.00, 1305.60

Tahap sokongan: 1280.20, 1267.30