7 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Defisit AS mencecah paras tinggi sedekad!
Dolar AS telah didagang di dalam lingkungan yang ketat berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas data pekerjaan swasta merosot sementara defisit perdagangan makin meningkat. Semasa penulisan, indeks dolar didagang secara rata berhampiran 96.76. Bagi bulan Februari, ADP Nonfarm Employment Change memberi bacaan sebanyak 183,000, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 189,000. Namun, bacaan bagi bulan terdahulu telah diselaraskan semula ke bacaan yang lebih tinggi sebanyak 300,000. Dari segi perdagangan, kadar defisit AS telah melonjak ke paras $59.80 bilion bagi bulan Disember selepas kadar eksport merosot untuk bulan ketiga ke $205.10 bilion. Kadar defisit AS kini berlegar di paras rekod tinggi di dalam 10 tahun telah memberi tekanan yang nyata ke atas pentadbiran Trump walaupun mereka berusaha untuk membangkitkan semula sektor pembuatan di AS dan mengurangkan pergantungan mereka ke atas barangan import. Namun, para ekonomis menjangkakan bahawa peningkatan pada defisit adalah berpunca dari syarikat yang mengimport dengan volum yang tinggi sebelum AS mengenakan tarif tambahan ke atas China. Selain itu, defisit yang tinggi juga didorong oleh kadar dolar AS dan ekonomi AS yang kukuh sementara pengetatan dasar dari Bank Pusat AS telah mendorong kepada permintaan yang tinggi ke atas mata wang mereka. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.03% ke 1.3173 sementara USD/JPY merosot sebanyak 0.04% ke 111.70.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.03% ke $56.15 setong. Harga minyak masih di bawah tekanan bearish susulan dengan peningkatan yang mendadak ke atas inventori minyak dan ditambah pula dengan kekhuatiran para pelabur terhadap kemungkinan kemerosotan ekonomi global. Untuk komoditi emas, harganya didagang secara rata berdekatan $1,286.45 se troy auns sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls yang dijadualkan pada malam esok.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q4) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 20:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) | 0.00% | 0.00% | – |
| 21:30 | USD – Nonfarm Productivity (QoQ) (Q4) | 2.2% | 1.6% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 225K | 225K | – |
| 21:30 | USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q4) | 1.2% | 1.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.85, 97.00
Tahap sokongan: 96.65, 96.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3100. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3100

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1360
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1230

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 111.45.
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7055, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6720

USDCAD, H4: USDCAD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.3435. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3485.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3370

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan yang kukuh iaitu 1.0040. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.0040.
Tahap rintangan: 1.0070, 1.0095
Tahap sokongan: 1.0040, 1.0005

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas segi tiga menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 56.45, 57.45
Tahap sokongan: 55.60, 55.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 1280.20. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1294.00, 1305.60
Tahap sokongan: 1280.20, 1267.30