7 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berayun menjelang data Nonfarm Payroll.
Indeks dolar yang nilainya dibandingkan dengan enam pasangan mata wang utama telah berayun sementara para pelabur menunggu data NonFarm Payroll (NFP) yang bakal diumumkan pada hari Jumaat minggu ini. Pada awal minggu ini, daya tarikan dolar telah meningkat berikutan dengan pengumuman data baik yang menggambarkan bahawa ekonomi AS masih kukuh seperti data ISM Non-Manufacturing PMI dan New Home Sales. Walau bagaimanapun, data ADP Nonfarm Payroll yang dikenali sebagai peramal yang baik bagi laporan NFP telah memberi bacaan yang suram dengan hanya 183K, tersasar dengan jangkaan ekonomis sebanyak 189K. Data ekonomi AS terkini yang menggambarkan isyarat yang bercampuran mengenai pertumbuhan ekonominya telah mendorong para pelabur untuk bersabar sebelum memasuki pasaran sementara menunggu pengesahan yang selanjutnya. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 96.75 semasa sesi perdagangan Asia. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah menokok sebanyak 0.01% ke 1.3440 di tengah-tengah data pengumuman data Ivey PMI yang pesimis pada hari semalam. Menurut kepada Richard Ivey School of Business, PMI data bulan Februari telah menurun dengan ketara daripada 54.7 ke 50.6 serta menunjukkan bahawa prestasi ekonomi Kanada semakin menyusut dan memburukkan sentimen bagi dolar Kanda.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.45% ke $56.40 setong walaupun dengan pengumuman Crude Oil Inventories oleh EIA yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam stok minyak. Penerusan usaha OPEC dalam pemotongan pembekalan dan juga sekatan AS terhadap minyak Venezuela dan Iran telah berjaya untuk mendorong peningkatan harga minyak mentah. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1286.65 se troy auns sementara pelabur menunggu pengesahan yang selanjutnya daripada laporan NFP.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q4) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 20:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) | 0.00% | 0.00% | – |
| 21:30 | USD – Nonfarm Productivity (QoQ) (Q4) | 2.2% | 1.6% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 225K | 225K | – |
| 21:30 | USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q4) | 1.2% | 1.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.90. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 96.40.
Tahap rintangan: 96.90, 97.15
Tahap sokongan: 96.40, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3095. MACD yang menunjukkan permulaan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3205, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3095, 1.2975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.1340.
Tahap rintangan: 1.1340, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1295, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 111.10.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.10, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7005. MACD yang menunjukkan isyarat bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7055.
Tahap rintangan: 0.7055, 0.7085
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6950

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6765. MACD yang memaparkan isyarat bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6800.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6845
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6725

USDCAD, H4: USDCAD telah melanjutkan keuntungannya sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3440. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.3375.
Tahap rintangan: 1.3440, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3375, 1.3310

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0055. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0085
Tahap sokongan: 1.0025, 0.9975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 55.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 57.50.
Tahap rintangan: 57.50, 59.20
Tahap sokongan: 55.60, 54.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk memecahkan daripada paras atas saluran sisi tersebut.
Tahap rintangan: 1289.35, 1295.15
Tahap sokongan: 1284.10, 1278.90