83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Mac 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar melantun didorong oleh kelemahan sterling.

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melantun selepas ia menurun sepanjang 4 hari berturut-turut susulan dengan kelemahan pound sterling. Oleh kerana risiko yang tinggi dalam pasaran, para pelabur bermula untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam dolar yang selamat. Perkembangan Brexit terkini telah mencetuskan kebimbangan dalam pasaran semasa Parlimen UK telah mengundi untuk menangguhkan tarikh Brexit dengan undian majoriti sebanyak 412 berbanding dengan 202. Untuk setakat ini, pasaran akan menumpukan perhatian kepada data ekonomi yang akan datang dan juga sebarang berita utama pasaran global untuk menentu arah aliran selanjutnya bagi dolar. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 96.70 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan USD/JPY telah menurun sebanyak 0.08% ke 111.57 semasa penulisan walaupun dengan isyarat dovish daripada Bank Pusat Jepun (BoJ) dan pengekalan kadar pada -0.10%. Yen Jepun telah mengalami permintaan yang tinggi dalam pasaran selepas Reuters melaporkan bahawa Korea Utara kini sedang bercadang untuk menangguhkan perbincangan nuklear dengan AS. Tambahan pula, ia dilaporkan bahawa Korea Utara tidak berniat untuk bertolak ansur dengan permintaan AS sementara pemimpin Kim Jong Un dijangkakan untuk menyampaikan pengumuman rasmi mengenai posisinya terhadap AS.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berkekal kukuh sambil menokok sebanyak 0.09% ke $58.48 setong semasa penulisan susulan dengan pemotongan bekalan OPEC dan sekutunya serta sekatan terhadap minyak Venezuela dan Iran yang menandakan isyarat penyusutan bekalan minyak bagi suku pertama tahun 2019 turut untuk memberi dorongan kepada peningkatan minyak. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.11% ke $1294.87 semasa penulisan susulan dengan pemulihan harga dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

17:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Feb) 1.5% 1.5%
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Mar) 8.80 10.00
20:30 CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jan) -1.35 0.4%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Jan) 7.335M 7.310M
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) 93.8 95.3
01:00

(16hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 834

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.40

 

Tahap rintangan: 96.70, 97.20

Tahap sokongan: 96.40, 96.10

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3225, 1.3145

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1315. MACD yang memaparkan bias bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1315, 1.1290

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.50.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.35
Tahap sokongan: 111.50, 111.15.

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6830. MACD yang memaparkan isyarat mometum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6875.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6900

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6805

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3320. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3320.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3355

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3195
 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.0025. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan seterusnya 0.9985.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0065

Tahap sokongan: 0.9985, 0.9930

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada paras atas saluran sisi sebelumnya di 57.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagi pembetulan teknikal jangka pendek ke arah 57.65.

 

Tahap rintangan: 58.45, 61.25

Tahap sokongan: 57.65, 55.85

 

GOLD_ ,H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1292.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1299.30.

 

Tahap rintangan: 1299.30 , 1310.35

Tahap sokongan: 1292.05, 1283.95