25 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar mendatar sementara menunggu isyarat pasaran.
Dolar AS telah didagang secara tipis sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari AS berkenaan dengan perang perdagangan dan data ekonomi. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke paras 96.07. Para pelabur masih “menunggu sambil memantau” sambil mengambil pendekatan yang berjaga-jaga susulan dengan isyarat yang dovish dari Bank Pusat AS pada minggu lepas. Menurut kepada Pengerusi Fed Jerome Powell, beliau bercadang untuk menghentikan kenaikan kadar faedah bagi tahun ini memandangkan perkembangan ekonomi di AS dan global bertindih kepada risiko bearish. Dari segi perang perdagangan, pegawai China telah mengumumkan untuk meningkatkan kadar import sambil mengimbangkan jumlah perdagangan dengan AS. Rundingan AS-China akan bermula di Beijing di dalam minggu ini (28hb Mac). Namun, laporan yang berlainan menyatakan bahawa China tidak akan mematuhi permintaan daripada AS mengenai pembukaan polisi bagi sektor teknologi dan ia telah memberikan isyarat yang bercampuran kepada pasaran kewangan. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.08% ke 1.3198 sementara EUR/USD menurun sebanyak 0.13% ke 1.1298.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.72% ke paras $58.27 setong. Harga minyak telah melanjutkan kerugiannya pada hari Isnin sementara para pelabur khuatir bahawa kemelesetan ekonomi global akan mengurangkan permintaan minyak mentah bagi jangka pertengahan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.16% ke $1,315.56 se troy auns berikutan dengan risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
14:30 JPY BOJ Board Member Harada Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 98.5 | 98.7 | – |
| 05:45 (26hb) | NZD – Trade Balance (MoM) (Feb) | -914M | -200M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.25 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 95.65.
Tahap rintnagan: 96.25, 96.80
Tahap sokongan: 95.65, 95.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3180. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia berjaya memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3250, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3095

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1295. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1295, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 110.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 110.35.
Tahap rintangan: 110.35, 111.10
Tahap sokongan: 109.60, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 0.7085 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.7085.
Tahap rintangan: 0.7085, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7050, 0.7005

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6875. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6875, 0.6815

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1.3350. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3460, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3350, 1.3290

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9915. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunan ke arah tahap rintangan 0.9965.
Tahap rintangan: 0.9965, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 60.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 60.20.
Tahap rintangan: 60.20, 63.10
Tahap sokongan: 57.90, 55.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1315.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1315.80, 1323.10
Tahap sokongan: 1308.10, 1299.15