83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Mac 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar AS mendatar sementara risiko kemelesetan meningkat.

Dolar AS kekal didagang di dalam saluran sisi sementara para pelabur mengambil langkah “menunggu sambil memantau” keadaan pasaran. Kebanyakan para pelabur sedang memantau perkembangan di dalam pasaran AS terutamanya prestasi ekonomi dan rundingan perdagangan bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pergerakan dolar bagi jangka masa yang terdekat. Terdahulu, Bank Pusat AS telah memberi amaran untuk menghentikan sebarang kenaikan kadar faedah sekiranya pertumbuhan ekonomi di AS mengalami kemelesetan. Selain itu, spread diantara kadar bon 2 tahun dan 10 tahun yang makin menyempit telah meningkatkan ketakutan terhadap kemelesetan ekonomi oleh kerana kadar bon jangka panjang mencecah paras di bawah kadar bon jangka pendek. Bagi pasaran lain, dolar New Zealand menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX selepas para pelabur memberi tumpuan ke atas pembebasan data ekonomi dari rantau tersebut. Untuk bulan Februari, New Zealand telah mencatat defisit yang lebih rendah hanya -$6,620 juta, lebih rendah daripada ramalan ekonomis iaitu -$6,675 juta. Namun, keuntungan pada mata wang tersebut adalah masih terhad susulan dengan ketidaktentuan rundingan perdagangan diantara AS-China yang bakal bermula di dalam minggu ini. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.05% ke 95.96 sementara pasangan NZD/USD meningkat sebanyak 0.10% ke 0.6914.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.20% ke $58.95 setong. Harga minyak telah melantun dari paras bawahnya susulan dengan pemotongan pembekalan dari OPEC sementara sekatan ke atas Iran dan Venezuela oleh AS membantu untuk mengehadkan bekalan minyak global. Selain itu, harga emas merosot sebanyak 0.10% ke $1,320.64 se troy auns susulan dengan peralihan fokus kepada aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Building Permits (Feb) 1.317M 1.320M
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Mar) 131.4 132.0

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.25 . MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 96.65.

 

Tahap rintangan: 96.25, 96.80

Tahap sokongan: 95.65, 95.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3180. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat yang jelas dari MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1.3250 atau tahap sokongan 1.3180 adalah diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3250, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3180, 1.3095

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1295. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1360.

 

Tahap rintangan: 1.1360, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1295, 1.1260

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya baru-baru ini. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 110.35.

 

Tahap rintangan: 110.35, 111.10

Tahap sokongan: 109.60, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7130. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7155

Tahap sokongan: 0.7085, 0.7050

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 0.6905. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6935.

 

Tahap rintangan: 0.6935, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6905, 0.6875

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3350.

 

Tahap rintangan: 1.3460, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3350, 1.3290

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9915. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.9965.

 

Tahap rintangan: 0.9965, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 60.20.

 

Tahap rintangan: 60.20, 63.10

Tahap sokongan: 57.90, 55.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1312.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1315.80.

 

Tahap rintangan: 1323.10, 1331.95

Tahap sokongan: 1315.80, 1308.10