83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 April 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar ditekan oleh mata wang yang berdasarkan harga komoditi.

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menurun sebanyak 0.05% ke 96.55 menjelang sesi dagangan Eropah di tengah-tengah pengalihan portfolio pelabur ke dalam pasaran komoditi. Dolar telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas akibat daripada data pekerjaan yang kukuh, namun sentimen pasaran kini berkekal awas selepas pasaran minyak menjadi tumpuan utama dalam pasaran FX. Tambahan pula, dolar menerima tekanan yang selanjut daripada penyusutan dalam pertumbuhan gaji pekerja di AS. Penyusutan gaji purata sejam sebanyak 10 mata asas berkemungkinan untuk menjejaskan tahap inflasi di AS kerana pendapatan yang lebih rendah akan mendorong kepada aktiviti perbelanjaan yang lebih kurang bagi jangka panjang serta mengesahkan selanjutnya pelan Fed untuk menghentikan kenaikan kadar bagi tahun ini. Dalam berita lain, dolar Kanada yang sebahagian besar nilainya berdasarkan pada harga minyak telah meningkat sementara pasangan USD/CAD menyusut sebanyak 0.03% ke 1.3305 berikutan dengan peningkatan harga minyak di tengah-tengah jangkaan keketatan pembekalan yang makin meningkat. Selain itu, harga loonie menerima sokongan selanjutnya daripada data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat lepas, dengan bacaan sebanyak -7.2K berbanding dengan -10.0K. Pelabur pada minggu ini akan menumpukan perhatian mereka kepada sentimen penting minyak mentah untuk memantau dengan selanjutnya bagi penggerakan loonie.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.16% ke $64.50 setong selepas ia melonjak lebih daripada 2% dan mencecah paras tinggi 5 bulan pada hari semalam. Harga minyak mentah terus disokong oleh usaha OPEC+ yang berterusan dalam pemotongan bekalan serta peningkatan ketegangan geopolitik di Libya yang berkemungkinan untuk menjejaskan pembekalan minyak. Sentimen pasaran minyak kini berkekal positif sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut daripada perkembangan perang perdagangan US-China yang bakal menjejaskan permintaan terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.14% ke $1299.00 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 7.581M 7.550M
04:30

(10hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 2.963M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 96.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.65

Tahap sokongan: 96.50, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3045. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3185.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1215

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 111.30. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.10

Tahap sokongan: 111.30, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7130. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7155.

 

Tahap rintangan: 0.7155, 0.7190

Tahap sokongan: 0.7130, 0.7070

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6770.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3365. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3365, 1.3460

Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0000. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9965.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 64.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 64.00.

 

Tahap rintangan: 65.90, 67.85

Tahap sokongan: 64.00, 62.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1300.10. Namun, MACD yang menunjukkan bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1293.55.

 

Tahap rintangan: 1300.10, 1310.70

Tahap sokongan: 1293.55, 1287.00