12 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar menurun namun dihadkan oleh data positif.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.19% ke 96.55 semasa pelabur mengambil keuntungan selepas lonjakan dolar akibat daripada data yang optimis. Data yang diumumkan pada hari Khamis telah menunjukkan bahawa tuntutan insurans pekerjaan AS telah menurun ke paras rendah setengah tahun dengan bacaan sebanyak 196 ribu bagi minggu lepas. Data tersebut telah memaparkan pasaran pekerjaan yang kukuh dan stabil. Tambahan pula, indeks harga pengeluar AS secara keseluruhannya telah meningkat ke paras 0.6%, peningkatan yang tertinggi sejak bulan Oktober 2018. Oleh kerana kekurangan isyarat pasaran, para pelabur kini pun telah mengambil keuntungan mereka daripada pasaran dolar sementara menunggu data ekonomi selanjutnya bagi rantau tersebut. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menyusut sebanyak 0.05% ke 0.7125 semasa penulisan berikutan dengan pembebasan laporan Financial Stability Review daripada Bank Pusat Australia (RBA). Menurut kepada laporan tersebut, RBA telah menyatakan bahawa ramalan pertumbuhan telah disemak semula degan lebih rendah sementara menegaskan risiko yang kritikal di Australia. Pada masa yang sama, laporan tersebut juga menyatakan pelbagai kelemahan dalam sistem kewangan global dan juga rakan perdagangan utama.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan penurunannya sebanyak 0.06% ke $63.73 setong semasa penulisan berikutan dengan pelan OPEC untuk meningkatkan pembekalan. Laporan terkini daripada OPEC menunjukkan kemungkinan OPEC untuk menaikkan pembekalan mulai bulan Julai sekiranya bekalan daripada Iran dan Venezuela makin menurun dan harga minyak makin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh pemotongan bekalan yang berterusan bakal menjejaskan kepada keketatan pasaran yang terlampau. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.05% ke $1292.53 se troy auns susulan dengan tekanan daripada lantunan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Feb) | 1.4% | -0.5% | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (Mar) | 0.6% | 0.4% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) | 98.4 | 98.1 | – |
| 01:00
(13hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 831 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.45.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.45, 95.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tingi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3100.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2965

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1280. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1335.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1230

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 111.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 111.80, 112.35
Tahap sokongan: 111.45, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.7130. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7095, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6660

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3335, 1.3295

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0030. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.9980.
Tahap rintangan: 1.0030, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9935

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan sebelumnya di 63.70. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.65.
Tahap rintangan: 64.65, 66.00
Tahap sokongan: 63.70, 62.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 1295.65. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1295.65.
Tahap rintangan: 1295.65, 1304.00
Tahap sokongan: 1287.50, 1280.10