83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 April 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD meningkat susulan data China yang optimis.

Dolar Australia menerima permintaan yang lebih tinggi di dalam pasaran FX berikutan dengan data ekonomi yang lebih positif daripada China (salah satu rakan dagangan utama bagi Australia). Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.08% ke paras 0.7177 semasa pertengahan sesi Asia. Bagi bulan Mac, kadar pinjaman baru telah meningkat ke paras 1690 bilion Yuan, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1250 bilion Yuan. Sementara itu, eksport China telah memulih ke paras 14.2% bagi bulan Mac selepas ia mengecut sebanyak 20.8% bagi bulan yang sebelumnya. Kedua-dua laporan ini telah memaparkan bahawa momentum pasaran di China dari segi pertumbuhan ekonomi adalah masih kukuh dan ia telah menurunkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemungkinan berlakunya kemelesetan. Berikutan dengan pemulihan sentimen risiko, para pelabur telah mengalihkan tumpuan mereka dari aset selamat ke aset berisiko seperti dolar New Zealand dan Euro. Justeru, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.03% ke 111.98.

 

Dari segi komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.11% ke $63.66 setong. Harga minyak mengalami tekanan menurun selepas OPEC dan Rusia dilaporkan untuk meninggalkan pelan pembekuan pengeluaran bagi merebut peratusan pasaran dengan AS. Sekiranya pelan tersebut ditinggalkan, maka harga minyak berkemungkinan untuk menjunam sehingga $40 setong atau lebih rendah lagi. Oleh itu, para pelabur akan memberi fokus kepada perkembangan diantara OPEC dan sekutunya bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Sementara itu, harga emas menyusut sebanyak 0.20% ke $1,286.18 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi bagi aset berisiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:30 CHF – PPI (MoM) (Mar) 0.2% 0.2%
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Apr) 3.70 8.10

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.40. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 96.40.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.60

Tahap sokongan: 96.40, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3100. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3140

Tahap sokongan: 1.3055, 1.3005

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1280. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 1.1320.

 

Tahap rintangan: 1.1320, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1255

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 111.40.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.35

Tahap sokongan: 111.40, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7175. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.7175.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7195

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7120

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6775. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.6775.

 

Tahap rintangan: 0.6775, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6715

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 1.3345. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3290.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3390

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0030, 1.0065

Tahap sokongan: 1.0005, 0.9965

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 63.45. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan berlaku di 63.45.

 

Tahap rintangan: 64.55, 65.95

Tahap sokongan: 63.45, 61.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1293.20. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1293.20.

 

Tahap rintangan: 1293.20, 1300.25

Tahap sokongan: 1285.50, 1277.05