23 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar memangkas kerugian, Yen meningkat.
Indeks dolar telah memangkas kerugiannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama dan menokok sebanyak 0.03% ke 96.95 semasa awal sesi dagangan Eropah. Momentum tersebut telah tercetus berikutan dengan komen Bank Pusat Jepun (BoJ) mengenai dasar kewangan mereka. Pengarah Eksekutif BoJ Eiji Maeda telah mengulas bahawa mereka akan melanjutkan kelonggaran dasar kewangan melalui pelbagai kombinasi langkah serta menganalisis impaknya jika matlamat inflasi sebanyak 2% terjejas. BoJ dijangka untuk mengekalkan dasar kewangan mereka semasa mesyuarat dasar pada hari Khamis ini walaupun kadar inflasi mereka tidak selaras dengan jangkaan yang ditetapkan. BoJ telah mengekalkan kadar faedah mereka pada paras rendah -0.10% sejak awal tahun 2016 untuk mengatasi keadaan deflasi negara namun masih gagal untuk meningkatkan inflasinya. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada usaha yang berterusan daripada BoJ untuk menaikkan kadar inflasi dan meletakkan keyakinan mereka terhadap Yen Jepun sekiranya dasar yang sesuai dilaksanakan oleh BOJ. Pasangan USD/JPY telah menyusut sebanyak 0.06% ke 111.86 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.29% ke $65.84 setong. Harga minyak kekal disokong oleh pemotongan bekalan yang berterusan daripada OPEC serta pembatalan pengecualian pengimport minyak mentah dengan Iran. Sebaliknya, harga emas susut sedikit sebanyak 0.02% ke $1,274.44 se troy auns susulan dengan peningkatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Feb) | 0.6% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Mar) | 667K | 647K | – |
| 04:30
(24hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.096M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 97.00. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 96.45.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.45, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pengesahan selanjutnya adalah diperlukan seperti pemecahan dari tahap rintangan atau sokongan terdekat sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3020, 1.3115
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2845

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1245. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1325
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 111.80. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.80, 111.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7130. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6675. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6670, 0.6640

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0160. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan di 1.0115.
Tahap rintangan: 1.0160, 1.0175
Tahap sokongan: 1.0115, 1.0080

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 65.85. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 64.55.
Tahap rintangan: 65.85, 67.85
Tahap sokongan: 64.55, 63.15

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1280.45. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1272.05.
Tahap rintangan: 1280.45, 1287.00
Tahap sokongan: 1272.05, 1264.60