83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 April 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD menjunam susulan isyarat pemotongan kadar.

Dolar Aussie mengalami tekanan menurun selepas para pelabur memberi reaksi terhadap minit mesyuarat dari Bank Pusat Australia (RBA) pada pagi ini. Menurut kepada minit, RBA menyatakan bahawa kemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah bagi jangka masa yang terdekat adalah rendah berikutan dengan perkembangan ekonomi yang suram di rantau tersebut. Namun, RBA menegaskan bahawa mereka berkemungkinan untuk memotong kadar faedah sekiranya tahap inflasi semasa adalah masih rendah sementara kadar pengangguran meneruskan kenaikannya. Selain itu, RBA juga memberikan jangkaan bahawa kadar inflasi akan kekal di paras yang rendah walaupun pasaran pekerjaan adalah masih mampan. Susulan dengan reaksi negatif dari para pelabur, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.37% ke 0.7147. Dari aspek yang lain, mata wang utama di dalam pasaran kewangan kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pembebasan data ekonomi di zon EU dan China. Para pelabur memberi tumpuan utama kepada perkembangan ekonomi global berikutan dengan perkembangan yang suram serta ramalan pertumbuhan yang makin merosot. Semasa penulisan, indeks dolar didagang secara tipis di 96.51 sementara pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.04% ke 1.1303.

 

Dari segi komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.38% ke $63.30 setong. Harga minyak mengalami tekanan menurun selepas menteri Rusia menyatakan bahawa negara mereka dan OPEC berkemungkinan untuk meningkatkan pembekalan minyak mentah bagi merebut kadar peratusan pasaran dengan AS. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.18% ke $1,285.55 se troy auns selepas Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyatakan bahawa Washington dan Beijing bakal memasuki pusingan terakhir dalam rundingan perdagangan. Isyarat tersebut telah menurunkan sentimen penghindaran risiko diantara para pelabur dan justeru menurunkan penampilan aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) 3.4% 3.5%
16:30 GBP – Claimant Count Change (Mar) 27.0K 20.0K
16:30 GBP – Unemployment Rate (Feb) 3.9% 3.9%
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) -3.6 0.8
21:15 USD – Industrial Production (MoM) (Mar) 0.1% 0.2%
04:30 (17hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 4.091M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.35. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta silang emas mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke arah 97.05.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.60

Tahap sokongan: 96.35, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3105. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3065.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3140

Tahap sokongan: 1.3065, 1.3020

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1320. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah 1.1280.

 

Tahap rintangan: 1.1320, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1255

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 111.40.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.35

Tahap sokongan: 111.40, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7145. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7145.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7195

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7125

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6740. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah 0.6780.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6740, 0.6715

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3390. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3440

Tahap sokongan: 1.3345, 1.3290

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan bias bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan 1.0030.

 

Tahap rintangan: 1.0065, 1.0090

Tahap sokongan: 1.0030, 1.0005

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 64.50. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 62.85.

 

Tahap rintangan: 64.50, 65.95

Tahap sokongan: 62.85, 61.80

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1284.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 1284.05.

 

Tahap rintangan: 1293.20, 1300.25

Tahap sokongan: 1284.05, 1277.05