19 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pasaran didagang tipis susulan cuti Good Friday.
Yen Jepun menerima sokongan bullish semasa sesi dagangan Asia sementara pasaran kewangan global ditutup sempena dengan cuti Good Friday. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.03% ke 111.93 semasa sesi Asia. Mata wang selamat tersebut menerima sedikit sokongan bullish selepas Biro Statistik Jepun melaporkan bahawa National Core Consumer Price Index meningkat sebanyak 0.8%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.7%. Bacaan yang lebih tinggi daripada ramalan ini telah mengurangkan sentimen negatif terhadap Jepun selepas bank pusatnya menyatakan bahawa mereka berkemungkinan gagal untuk mencapai sasaran inflasi 2% di dalam dua tahun yang akan datang. Walaubagaimanapun, isi padu dagangan di dalam pasaran kewangan adalah kekal tipis sempena dengan cuti Good Friday. Sementara itu, pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugian semalam sebanyak 0.02% ke 1.1235. Mata wang euro telah didagang dengan aliran menurun berikutan dengan data yang suram dari zon EU. Ia telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi di rantau tersebut.
* Perdagangan bagi indeks dolar, minyak mentah dan emas akan dihentikan sempena dengan cuti Hari Good Friday.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits | 1.291M | 1.300M | – |
Analisis Teknikal

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3005.
Tahap rintangan: 1.3005, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2925

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melantun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1255.
Tahap rintangan: 1.1255, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 111.40.
Tahap rintangan: 112.00, 112.35
Tahap sokongan: 111.40, 110.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7145. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.7145.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7125, 0.7090

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6675. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6740
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6630

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3390. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3345.
Tahap rintangan: 1.3390, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3345, 1.3290

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0160. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan pengundurannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0120.
Tahap rintangan: 1.0160, 1.0185
Tahap sokongan: 1.0120, 1.0090