83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat susulan data New Home Sales.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada semalam berikutan dengan data ekonomi positif yang memaparkan kemampanan pasaran perumahan. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.31% ke 97.19 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Commerce Department, New Home Sales bagi bulan Mac memberi bacaan sebanyak 692,000 unit, paras yang tertinggi semenjak November 2017. Data tersebut adalah jauh lebih baik daripada ramalan ekonomis untuk menurun ke paras 647,000 unit. Peningkatan pada jualan rumah baru adalah susulan dengan prestasi yang baik di Selatan dan Midwest AS. Kadar gadai janji yang lebih rendah telah mempercepatkan penghijrahan penduduk dari kawasan yang mempunyai kos dan cukai tinggi. Selain itu, dolar juga menerima sokongan bullish yang lebih lanjut akibat daripada penurunan pada euro dan pound sterling. Sementara itu, pasangan GBP/USD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.01% ke 1.2936. Sterling telah menerima tekanan menurun yang ketara pada semalam berikutan dengan kemajuan yang lembap pada rundingan Brexit diantara PM Theresa May dan pemimpin parti pembangkang Jeremy Corbyn.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.14% ke $66.00 setong. Harga minyak masih berlegar di paras tinggi 6 bulan sementara para pelabur memantau kemungkinan peningkatan pembekalan dari OPEC serta sekatan minyak AS ke atas Iran. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.06% ke $1,271.67 se troy auns akibat daripada dolar yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

22:00                     CAD                        BoC Rate Statement

22:00                     CAD                        BoC Monetary Policy Report

23:15                     CAD                        BoC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:00 EUR – German Info Business Climate Index 99.6 99.9
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.396M 1.255M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 97.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.30, 97.65

Tahap sokongan: 97.10, 97.00

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3000. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.2900.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3120

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2805

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1200.

 

Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1200, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi diantara lingkungan 111.75 dan 112.20. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 111.75.

 

Tahap rintangan: 112.20, 112.80

Tahap sokongan: 111.75, 111.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7090. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebelum meneruskan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.7110, 0.7130

Tahap sokongan: 0.7090, 0.7070

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6670. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6630.

 

Tahap rintangan: 0.6670, 0.6695

Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3435. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3370

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0310

Tahap sokongan: 1.0190, 1.0100

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam formasi saluran menurun. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 64.65.

 

Tahap rintangan: 66.00, 67.65

Tahap sokongan: 64.65, 63.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1267.00.

 

Tahap rintangan: 1275.30, 1284.15

Tahap sokongan: 1267.00, 1253.25