83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 April 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar menyusut namun kekal disokong oleh Zon Eropah yang suram.

Indeks dolar berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.10% ke 97.72 semasa sesi awal dagangan Eropah selepas ia mencatatkan keuntungan lebih daripada separuh peratus pada hari Rabu di tengah-tengah data Zon Eropah yang lemah. Menurut kepada laporan, data German Ifo Business Climate Index telah tersasar daripada ramalannya dengan hanya 99.2 berbanding dengan 99.9. Data tersebut telah mencetuskan kebimbangan para pelabur dan menyebabkan mereka untuk mengalihkan portfolio mereka dari pasaran euro ke dalam dolar yang selamat. Perkembangan ekonomi EU yang kini ditekan dengan ketegangan perdagangan telah mengesahkan pendirian dovish Bank Pusat Eropah (ECB) terhadap penyusutan pertumbuhan ekonomi Eropah. Namun, keuntungan dolar pada semalam telah dihadkan oleh kenyataan yang lebih optimistik daripada Bank Pusat Kanada (BoC) semasa kenyataan dasar kewangan mereka. Menurut kepada kenyataan tersebut, BoC telah mengekalkan kadar mereka pada paras 1.75%, namun mengisyaratkan bahawa mereka adalah lebih terbuka kepada kenaikan kadar berbanding dengan pemotongan jika pertumbuhan ekonomi mereka adalah selaras dengan ramalannya di mana GDP negara adalah sekurang-kurang 2.2%. Untuk setakat ini, BoC akan menilaikan dasar kewangan yang wajar bergantung kepada data ekonomi utama pada masa yang akan datang. Pasangan USD/CAD telah menokok sebanyak 0.04% ke 1.3494 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas sebahagian daripada kerugiannya sebanyak 0.12% ke $65.83 setong selepas ia menyusut akibat daripada peningkatan inventori minyak yang dilaporkan oleh Energy Information Administrations (EIA) AS. Namun, sentimen pasaran minyak berkekal positif didorong oleh sekatan terhadap minyak Venezuela dan Iran. Selain itu, pemotongan bekalan yang berterusan oleh OPEC juga memberi sokongan tambahan kepada peningkatan harga minyak sekurang-kurangnya sehingga bulan Jun di mana OPEC dan sekutunya akan mengadakan mesyuarat bagi memutuskan untuk meneruskan atau menghentikan pelan pemotongan bekalan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1275.00 se troy auns walaupun dengan pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    AUD                       ANZAC Day

Sehari                    NZD                        ANZAC Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

16:00                     EUR                        ECB Economic Bulletin

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders (Apr) 1 3
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) -0.1% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 192K 199K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.60. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 98.35, 99.30
Tahap sokongan: 97.60, 97.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.2890. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.2960.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3020
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2845

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1180. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang ke arah tahap rintangan di 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1215
Tahap sokongan: 1.1115, 1.1025

 

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 112.10. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat, pengesahan yang selanjutnya seperti pemecahan dari tahap rintangan 112.10 atau tahap sokongan di 111.80 sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.80, 111.30

 

 


 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7005. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.7050.

 

Tahap rintangan: 0.7050, 0.7085

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6950

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6585. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.6640.

 

Tahap rintangan: 0.6640, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6585, 0.6550

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3465. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.3465.

 

Tahap rintangan: 1.3520, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3465, 1.3430

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0200, Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.0160.

 

Tahap rintangan: 1.0200, 1.0230
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0115

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 65.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 66.55, 67.85
Tahap sokongan: 65.55, 64.55

 

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1271.80. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1280.45.

 

Tahap rintangan: 1280.45, 1287.00
Tahap sokongan: 1271.80, 1263.45